CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 14, 2011

[ Mimpi Insan Suci ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)

Hujan renyai2.

Seakan sama suasana di hatiku.

Biar air mata dan hujan bersatu.

Biar tiada siapa pun tahu.

Kecuali pencipta dan pemilik hati kecil ini.

Oh,hujan itu rahmat.

Dan ujian juga begitu.

Di saat hati merintih dan air mata mengalir.

Makin kuat ingatanku padaMU.

Ya,itu juga pintaku.

****

(ii)

Kalau kamu mahu,

Ada syaratnya.

Kamu perlu janji.

Kita tak akan ulangi kesilapan mereka.

Walau sakit,susah atau marah.

Biar jadi rahsia kita berdua dan DIA.

Jangan hancurkan mimpi insan suci itu.

****

(iii)

DIA ada.

Di mana-mana.

Seperti mana oksigen yang tak pernah kita nampak bentuknya.

Tapi tetap wujud dalam setiap hela nafas dan titik darah kita.

****


Current mode:*jangan biar mimpi indah itu pergi.jadikan ia realiti!cepat kejar!*lari*

0 Bisik-bisik Buzz: