CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, March 31, 2011

[ Carilah DIA Di ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





(i)

Bila manusia dapat sesuatu, maka timbul pula kesedihan dan keresahan. Kenapa? Kerana takut kehilangan sesuatu itu. Bila ia benar2 berlaku saat sesuatu itu hilang entah ke mana. Dia berdukacita terkadang sampai hilang punca.

Kenapa mesti begini wahai hati?

Laa Tahzan! Jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Duhai hati,

Allah pinjamkan kita sesuatu, Allah akan tarik kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Malah kita juga pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah sampai satu waktu dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.

Sedarlah, antara hidup dan mati serta semua harta yang kita punya saat ini adalah milik Allah. Nyawa yang masih dipinjamkan pada kita, tubuh yang boleh bergerak ke sana-sini, setiap degup jantung malah setiap hela nafas dan titik darah kita hanya milik Allah. Berapa lama pinjaman sementara ini? Hanya Allah yang mengetahui.

Maka jika itu kita yakini sepenuh hati, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih hingga hilang punca dan gila? Tidak, kita tidak boleh bersedih kerana sesuatu yang bukan milik kita.

Duhai hati yang menangis,

Tenanglah. Bila terasa diri seperti sudah tak mampu bergerak dan tidak punya apa2. Jangan menyerah kalah atau hilang punca. Dunia ini belum berakhir,masih punya waktu untuk berjuang. Carilah Allah dalam hatimu. Apa Dia berada di tempat yang sepatutnya?

Duhai hati yang resah,

Jangan sesekali kau sandarkan kebahagiaan itu pada sesuatu yang sementara. Pada manusia yang akan mati, pada harta yang akan habis, atau pada dunia yang pasti akan berakhir. Kembalilah pada Allah. Pemilik dan pencipta yang kekal. Yang tetap ada walau kadang2 kita lupa. Yang tetap sayang pada hamba2Nya. Bersangka baiklah pada setiap apa yang terjadi kerana perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

(ii)

Kadang2 berdepan dengan kenyataan yang menakutkan dan menyakitkan.

Tapi sampai bila nak lari?

Resah?

Buang jauh2 sampai aku lupa wujudnya.




Current mode:*biarkan ia bebas.jangan ditunggu dan ditangisi apa yang bukan milik kamu.*

Saturday, March 26, 2011

[ Music of My ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




You are like the rainbow after the rain.

Sometimes it’s there

Then fade away

But thanks.

It’s better this way.

You cheer me up and make me smile at unexpected time.

Please pray for the best as always.

*background song: I'll remember you by No Secrets*



..Stood right by me..Through the tears..Through everything..♥



Current mode:*thanks 4 the funny song! =) *

Friday, March 18, 2011

[ Akhir Rasa Ini ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


(i)

Bila diri terasa sudah tidak punya apa2 atau siapa2.
Ingatlah wahai hati,Allah ada bersama kita.
Allah tetap ada di mana-mana.Dia mendengar,melihat dan mengetahui segala-galanya.
..”Janganlah engkau bersedih hati,sesungguhnya Allah bersama kita”..
[ Surah At-Taubah (9):40 ]

Bila diri terasa seperti tidak mampu menanggung amanah yang dititipkan.
Ingatlah wahai hati, Allah sedang berbicara dengan kamu tentang sabar dan ikhlas.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." .
[ Surah Al-Baqarah (2):286 ]

Bila terasa air mata hampir mengalir kerana penat dengan urusan dunia yang seakan tak pernah berhenti.
Ingatlah wahai hati,perjuangan seorang mukmin itu tidak akan berakhir selagi kedua-dua kakinya belum menjejak syurga.
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.”
[ Surah Al-Ankabut (29): 69 ]

Bila terasa kaki seakan berat untuk melangkah mengharungi arus kehidupan.
Ingatlah wahai hati,mujahadah itu memang pahit kerana itulah mahar untuk kita ke syurga.
Manisnya hanya insan terpilih saja yang rasa.
"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
[ Surah At-Taubah (9):41 ]

Duhai hati,tenanglah.
Jika Allah menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkan kamu, tetapi jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yang dapat menolong kamu setelah itu? Kerana itu,hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakal.
[Surah Ali-Imran (3):160]
Katakanlah,"Sungguh,Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya pada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya."Dan apa saja yang kamu infakkan,Allah akan menggantikannya dan Dialah pemberi rezeki yang terbaik.
[Surah Saba'(34): 39]


[ The Chosen One ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Two roads diverged in a yellow wood,

And sorry I could not travel both.

and I,

I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

-The Road Not Taken by Robert Frost-

*****

Dear Bunda,

Don't worry bout ur clumsy daughter,

I'm fine here.

Please pray for me as always.

Love you.


Current mode:*Home is where the heart is and i think half of mine is here.*


Saturday, March 12, 2011

[ Kembali PadaNya ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Saat rindu itu hadir,

Tahajjud cinta menjemputku di awal pagi.

Saat rindu itu kembali menjengah,

Dhuha menyapaku.

Saat rindu itu berbisik lagi,

Panggilan2 CintaNya mendahului.

Saat rindu itu cuba berbicara denganku,

Ayat2 cintaNya mula berlagu.

Saat rindu itu cuba membawa aku terbang tinggi,

Janji2 Allah mengingatkan aku untuk terus berpijak di bumi.

Saat rindu itu cuba mengintai di balik awan

Ada hijab yang terlalu utuh untuk ditembusi

Bila hati berkata: Rasa itu fitrah.Serahkan saja pada Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Doa2.Walau tanpa kata2. Itu cukup untuk menjadi penghubung antara kamu dan dia.Cinta yang sebenar itu tidak melukakan tapi menyembuhkan.Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan pencipta bukan menempah tiket ke neraka.


*Rindu tersipu malu dan berlalu pergi.*


***

Duhai hati,ingatlah.

Sungguh,Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Surah Fatir (35) : 38

Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu. Surah Az-Zumar (39):62



Current mode:*bercinta sampai syurga,bukan suka2!*

Friday, March 11, 2011

[ Random. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


You've never seen the wind, but you still know that it blows.

'Cause the struggle only makes us stronger, the changes make me wise,

And happiness has its own weird way of taking its sweet time.


[ For the love-Boonaa Mohammed ]



Current mode:*mood swings.PMS! T.T*

Friday, March 4, 2011

[ Jika Cinta itu Kamu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Proses memendam rasa adalah proses yang boleh mendewasakan diri dalam disiplin kawalan rohaniah, yang akhirnya dilafazkan menerusi doa dan harapan, dan diterjemahkan dalam amalan puasa dan zikir. Sekiranya cara begini mampu dilakukan oleh para remaja, cinta martabat tinggi terhadap Allah boleh membentuk remaja memiliki jiwa besar, mampu menempuh gelora rindu dendam dan berazam membina tekad menjauhkan diri daripada terjebak dengan cinta haiwani, yang boleh mendorong manusia kepada perlakuan yang melampaui batas.

Sumber dari sini.



" Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkannya, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu"

Sumber dari sini.


Current mode:*jika cinta kerana DIA,tinggalkan aku di sini tanpa senyumanmu.*

[ What Are Words ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

-What Are Words lyrics by Chris Medina-

Current mode:*please don't have somebody else waiting for you! T.T.Imy.*

Tuesday, March 1, 2011

[ Kasih Tanpa Sempadan ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Betapa mulianya hati seorang ibu.

Dia pernah merasai kesakitan yang amat sangat ketika melahirkan kita.

Tapi semua itu hilang bila melihat anak yang dilahirkan cukup sempurna sifatnya.

Dia pernah menangis kerana kenakalan kita di waktu kecil yang mencabar tahap kesabarannya.

Tapi dia lupakan semua itu bila berita kejayaan kita dikongsikan bersama.

Hargailah ibubapa kita selagi masih ada.


******

Kasihnya ibu membawa ke syurga

dan kasihnya saudara masa berada

Berkorban raga

Rela binasa

Berkorban nyawa

Tanda kasihnya


Kasihnya ayah

Sanggupkah berpisah

dan kasih anaknya

Berkorban raga

Biarpun jiwa

Akan tersiksa

Ikhlas dan rela

Asalkan bahagia.

Lirik Kasih Ibu by Jamal A.


Current mode:*nak anak soleh/solehah kenalah jadi soleh/solehah jugak kan?mari menjadi dan bukan hanya mencari!*