CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 12, 2012

[ 1# Bila Perempuan Baik itu Jatuh Cinta. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Aku hanya memandangnya sambil tersenyum sendiri. Dari kaca mata aku, dia adalah seorang yang manis. Bukan kerana solekan yang dipakai tapi kerana senyuman dan tingkah-lakunya. Sederhana. Satu kata itu cukup untuk menggambarkan peribadinya.

Saat rintik hujan mula berhenti dan matahari malu-malu menampakkan sinarnya, aku dan dia duduk di buaian besi itu. Sekadar berkongsi cerita.

“ Pernah rasa bercinta? ” Soalanku memecah kesunyian di petang itu.

Dan dia sekadar tersenyum nipis sambil memandangku. Mungkin terkejut dengan soalan yang tiba2 tanpa ada mukhadimahnya.

“ Awak? ” Dia bertanya kembali kepadaku.

“ Entah. Tak tahu nak dikatakan bercinta atau tidak. Pernah jugak cuba nak rasa masa zaman sekolah dulu sebab tengok ramai kawan dah ada buah hati masing2 dan macam seronok. Bahagia bila ada orang selalu ambil berat dan sayang kita. ” Aku jawab guna skema jawapan yang sangat biasa zaman sekarang ni.

Dan dia masih tersenyum lagi seperti tadi.

“ Lepas tu apa jadi? ” Soalan diiringi dengan senyum yang sederhana tapi tetap manis.

Hilang semuanya entah ke mana. Saya sendiri tak tahu apa yang saya mahu sebenarnya waktu tu. Mungkin keadaan waktu itu membuatkan saya memerlukan seseorang teman untuk berkongsi suka duka dan bukan teman untuk bermain. ” Jawapan lama yang aku cari untuk menjawab soalan2 jiwa remaja ini dulu.

Teman bermain? Permainan yang macam mana awak maksudkan? ” Si perempuan manis itu kembali bertanya.

“ Permainan hati dan perasaan.” Sepotong ayat itu sudah cukup untuk menyimpulkan cerita2 lama itu dan aku kembali memandang wajahnya. Raut wajahnya yang sederhana itu jelas menunjukkan dia faham apa yang aku ingin sampaikan tanpa perlu penjelasan sepanjang karangan sekolah dulu.

Dan dia masih tersenyum. Manis walaupun tanpa butir2 gula.

“ Kenapa awak asyik tersenyum dari tadi? Sudah terlebih gula?” Soalan itu terluah juga sambil memerhati senyuman manis itu.

“ Sebab kita cakap pasal cinta yang banyak rasa dan manis itu juga salah satu rasanya.” Dia berhenti berbicara tanpa mengurangkan manis senyumannya.

“ Ah, ada apa dengan senyuman manis kamu itu?” Soalan hati ini dibiar tak terluah.

Dan angin mula menyapa lembut menemani sepi. Mungkin cuba untuk sampaikan pesanan seseorang tanpa suara sambil aku masih berfikir tentang makna di sebalik senyuman manis itu.

{Teratak Impian. 1747 p.m waktu Malaysia. 10 March 2012}

0 Bisik-bisik Buzz: