CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 19, 2012

[ 3# Bila Perempuan Baik itu Jatuh Cinta. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Petang itu masih seperti selalu bersama deru angin yang sama lembutnya. Awan2 berarak pelbagai rupa, putih bersih persis gula2 kapas. Aku dan si perempuan manis masih juga berkongsi cerita sambil duduk2 di pangkin kayu lama.

“ Awak, cinta macam mana yang termasuk dalam definisi awak tu?” Aku bertanya pada si perempuan manis, masih lagi dengan topik yang sama: CINTA.

Dan si perempuan manis masih tersenyum seperti biasa.

“ Cinta yang pada tempatnya. Pertama, cinta kepada pencipta cinta itu sendiri: Allah S.W.T. Kedua, cinta pada kekasih-Nya: Rasulullah S.A.W. Ketiga, cinta sesama makhluk yang matlamatnya semata-mata untuk meraih redha-Nya. Ha,cinta macam ni baru manis rasanya.” Balas si perempuan manis dengan kata-kata yang sangat dalam maknanya buat aku yang masih mencari cinta.

“ Jadi, tak salahlah kalau kita jatuh cinta kan? ” Aku menyoal untuk kepastian.

“ Setiap benda tak akan salah selagi tidak melanggar perintah Allah. Jatuh cinta tak salah, cuma bagaimana kita menguruskan perasaan cinta itu yang penting. Kalau kita uruskan dengan nafsu serakah, itu memang terang2 sudah salah.” Jawapan kata dua daripada si perempuan manis. Ibarat tiada warna kelabu, yang ada cuma hitam atau putih.

“ Awak pernah jatuh cinta? ” Soalan cepu emas buat si perempuan manis di sebelahku.

Tapi soalanku hanya dijawab dengan senyuman manis yang sederhana tanpa sepatah kata dan rintik-rintik hujan mula turun menyapa daun-daun pokok tempat kami berteduh. Angin mula bertiup lebih kuat daripada biasa. Kali ni aku yakin, angin bawa pesan daripada sang hujan.

“ Hujan adalah rahmat Allah buat makhluk di bumi. Waktu mustajab juga untuk berdoa. ” Kata si perempuan manis.

Dan kami larut dalam doa masing-masing bersama dengan air mata yang tak dapat dibezakan dengan air hujan. Basah. Sebasah hati ini dengan siraman kasih-Nya.

{ Teratak Impian. 0137 a.m waktu Malaysia. 19 March 2012 }

0 Bisik-bisik Buzz: