CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 19, 2012

[ Pernah Terfikir? ]

(i)
Pernah terfikir?
Saat kita bertanya-tanya tentang rezeki yang dirasakan tak kunjung tiba.
Bila?
Kenapa lambat sangat nak dapat rezeki ni?
Di mana lubuk rezeki aku?
Sudah dekat atau masih jauh?

Sama seperti kita bertanya tentang ajal sendiri,
Bila?
Kenapa lambat sangat nak MATI ni?
Di mana malaikat Izrail?
Sudah dekat atau masih jauh?

Kerana,
Ajal maut, rezeki dan jodoh,
Semuanya Allah yang tentukan.

Apa hak kita untuk memaksa?

(ii)
Pesan seorang kekanda:

Penangguhan sesuatu nikmat itu mungkin tarbiah Allah untuk kita bersabar dan terus bersangka baik pada-Nya.





Current mode: Menjahit keyakinan yang terkoyak.


Saturday, April 14, 2012

[ Rahsia Ketenangan Jiwa ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Rahsia Ketenangan Jiwa By Ustazah Siti Nor Bahyah.

1. Bangun menghidupkan ibadah malam.
-Zikir,baca quran @ solat sunat.

2. Manfaat waktu yang ada.
-Jangan biarkan masa berlalu dengan sia-sia.

3. Memahami keistimewaan zikrullah.
-Hati akan resah tanpa zikrullah ibarat ikan yang tak dapat hidup tanpa air.

4. Sentiasa berteman dengan orang-orang soleh.
-Perlu pandai pilih kawan.

5. Sentiasa muhasabah diri.
-Semak amalan seharian kita.

6. Bersegera melakukan kebaikan.
-Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Jangan tangguh2, sekali niat terus buat! *untuk yg baik2 saja okey!*

7. Segera bertaubat kepada Allah.
-Taubat dengan sungguh2 dan tidak mengulangi dosa yang dilakukan.

8. Merenung 10 cincin ahli syurga.
-Cincin yang ditulis nikmat yang akan diterima di syurga.

Merenung 10 cincin ahli neraka.
-Cincin yang ditulis azab yang akan diterima di neraka.


p/s: Perkongsian mutiara kata yang sempat dikutip! Kalau nak banyak2 lagi boleh cari di sini.


Current mode: Rindu 'taman syurga'. Rindu sahabat2 di seberang laut sana. Tempat aku kenal pencipta. :')

Wednesday, April 11, 2012

[ Sometimes You Need Someone. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Sometimes you need someone,

Someone to come,

and tell you it's OK,

Someone to tell you they love you

and you'll be just fine.


Current mode: Sometimes I need someone to help me to smile again. -.-'

Friday, April 6, 2012

[ Kisah Si Pokok Kacang ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



-Si pokok kacang yang baru bercambah dengan temannya. Bezakan?


Setiap waktu petang, aku isi masa lapang dengan tolong mama tanam pokok2. Bila batas dah siap, biji benih ditabur dan disiram air. Dengan izin Allah, setelah beberapa hari biji benih akan bercambah menjadi anak pokok. Alhamdulillah, pokok bendi,kacang panjang dan bunga matahari dah makin besar. Tak lama lagi boleh lah tuai hasilnya.

Nak dijadikan cerita, dalam banyak2 batas pokok bendi, ada satu yang memang tak nampak langsung tanda2 macam ada biji benih di situ. Sebabnya, anak2 pokok bendi di batas lain semua dah mula tumbuh pucuk baru, sedangkan satu batas tu masih kosong tanpa pokok.

Setiap kali siram pokok, aku akan terfikir sendiri. Batas yang kosong ni memang tak ada biji benih? Atau ada benih cuma lambat tumbuhnya. Terfikir jugak tak nak siram batas yang satu tu. Tapi, rasa tak sedap hati pulak, mungkin memang betul ada biji benih yang lambat tumbuhnya. Jadi, aku teruskan siram batas yang kosong tu setiap petang.

Dan akhirnya, dengan izin Allah, biji benih di batas yang kosong tu mula bercambah. Macam tak percaya! Hampir2 saja aku berhenti siram sebab ingat memang tak ada biji benih di situ.

Sebenarnya, kisah si pokok kacang ni hampir sama dengan apa yang aku rasa sekarang. Dengan masa depan yang tak tahu ke mana. Aku seakan hampir menyerah. Satu per satu teman seangkatan tersenyum bangga dengan apa yang dicapai. Sedangkan aku? Masih tercari-cari hala tuju sendiri.

Jujur, hati mana yang tak dicuit rasa sedih. Tambah2 hati yang serapuh hati aku. Selalu janji dengan diri sendiri tak nak nangis, tapi apakan daya. Bila tekak terasa berpasir, air mata laju mengalir. Biarlah Allah saja yang tahu.

Alhamdulillah, Allah sayangkan aku. DIA kirimkan sahabat2 yang sangat baik dan selalu bagi sokongan. Sungguh, memang mengalir air mata terharu bila sahabat2 bagi kata2 semangat. Mana dapat nak dicari ganti sahabat2 terbaik dalam hidup aku. Bila melihat dirinya, kamu akan teringatkan Allah. Ya, itulah mereka buat aku.



Current mode: Buat kamu2 yang hadir dalam hidup ini. TERIMA KASIH ALLAH!

[ Take A Step Back & Smile. :) ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Sometimes in life,
We have to take a step back,
Not to quit!
But,
To re-energize!

Try harder,
Keep on believing!
After a hurricane,
There's a rainbow.
The rain will stop,
The sun will shine again as always.

So, why don't you smile?

:)



Current mode: All I need is ALLAH. :')

[ Hati Yang Patah ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Pesan buat Hati yang Patah,

Patah hati,

Jangan terdampar sepi!

Jangan tersungkur mati!


Patah hati,

Jangan leburkan mimpi!

Jangan memakan diri!


Bukankah tuhan ciptakan malam,

Untuk beradu menanti siang.

Bukankah tuhan titiskan hujan,

Menanti limpah kemarau panjang.



Current mode: Mengubat hati yang patah. -.-