CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 29, 2015

[ Masa. Kenangan. Hati ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Masa;
Akan tiba masa yang semua rasa yang pernah wujud ini lenyap dari hati,
Hingga tiada yang tersisa.

Kenangan;
Tinggal cuma cebisan kenangan yang kabur,
Atau mungkin hilang semuanya.

Hati;
Semoga hati lebih tabah,
Semoga hati lebih tenang,
Semoga Allah redha.

Aku
-perempuan yang rapuh hatinya.
KL-Kedah

Sunday, May 24, 2015

[ Maafkanlah ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

(i)
Sejak kebelakangan ni, hati aku tak tenang.
Sakit tu dah tak rasa, cuma ngilu terasa setiap kali teringat.
Mungkin aku belum cukup ikhlas untuk memaafkan.
Maafkan semua orang yang buat aku terluka, walau siapa pun dia,
Dan yang paling penting maafkan diri sendiri.
Ya,
Memaafkan diri sendiri.
Baru hati dapat terima yang setiap kejadian itu telah Allah aturkan.
Takdir Allah pasti terbaik untuk hambaNya.

(ii)
Maaf;
Maafkanlah walau siapa pun dia yang pernah membuat kamu terluka.
Semoga dengan memaafkan, hati akan lebih tenang.
Semoga dengan memaafkan, luka di hati akan lebih cepat sembuh.
Semoga dengan memaafkan, kau mampu untuk melupakan setiap  kenangan.
Semoga dengan memaafkan, kau mampu untuk tersenyum dan punya semangat baru.
Semoga dengan memaafkan, Allah redha kepadamu.

Aku
-perempuan biasa yang terluka hatinya dan sedang belajar memaafkan diri sendiri.

Sunday, May 17, 2015

[ Andai Ini Takdirnya ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Aku masih mencari semangat yang hilang.
Kecewa dan terluka itu biasa.
Tapi untuk terima kenyataan dan berlagak seperti tak ada apa2 yang berlaku itu tak biasa.
Aku perlu masa.

Masa;

Setiap luka perlu masa untuk sembuh.
Setiap yang kecewa perlu masa untuk pulihkan semangatnya.
Kerana sakit buat yang meninggalkan tak sama dengan yang ditinggalkan.

Jadi,
Bagi aku masa untuk kembali tersenyum lebih manis daripada sebelumnya.

Aku tak meminta untuk waktu diundur kembali,
Cuma aku harap hati ini redha dengan aturan takdir Ilahi.

Aku
-perjalanan mencari diri.
Kedah-KL

Sunday, May 10, 2015

[ Ku Cari Cinta di Krabi ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Krabi, Thailand.
Destinasi pertama dalam Kembara Mencari Cinta.

Aku cari cinta,
Tapi tenang yang aku jumpa.

Alhamdulillah.
Syukur kepada pemilik setiap jiwa,
Untuk pertama kalinya,
Tiada lagi 'rasa' yang menyesakkan hati ini.
Tiada lagi persoalan dan ketidakpastian yang menghantui fikiran.
Hati aku tenang dan ringan.

Aku masih lagi berusaha untuk merawat hati ini.
Berusaha mencari bahagia sendiri;
Dan bersedia untuk kembali ke negeri abadi.

Melepaskan semua kenangan, harapan dan angan2 itu tak semudah melepaskan seekor burung di tangan.

InsyaAllah, semoga Allah pinjamkan kekuatan.
Moga hati lebih kuat menempuh ujian mendatang.

Aku.
-perempuan biasa yang mencari cintanya.

01052015
Krabi, Thailand.

Friday, May 8, 2015

[ Ikan Tawar di Laut Masin ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sungguh, aku sedang dalam perjuangan, bertarung dengan diri sendiri. Untuk menjadi positif dan hati jernih ini terlalu besar cabarannya.Saat persekitaran yang menguji untuk kekal mujahadah.

Menjadi ikan yang sedap isinya walaupun hidup di laut yang masin?

Oh tuhan,
Entah berapa lama lagi aku mampu berjuang?
Aku mohon, berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati dan diri yang penuh debu dosa ini.

Saat aku terasa tak punya siapa2 dan apa2 dalam hidup ini,
Cukupkanlah hati ini dengan rahmat-Mu.

Aku
-perempuan biasa yang penat dengan drama manusia keladak.

*mohon didoakan agar sentiasa tenang dalam mencari redha Allah. 

Wednesday, May 6, 2015

[ Permulaan Baru ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Permulaan yang baru.
Setiap manusia ada cerita hidup masing-masing;
Dan ini cerita aku.
Yang masih mencari bahagia sendiri.

Sampai ketemu lagi.

P/s: Ada beberapa post yang dah dibuang. Kenangan yang tak patut untuk dikenang.

Aku.
-yang tak sempurna.

Sunday, March 23, 2014

[ My Heart & Ticking Clock ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Oh Allah,

You're the best healer.

Please heal me.

:
:

The clock is ticking.

I don't know how much time left for me.

And until this time,

My heart still in healing process.

:
:

People said;

Sometimes when you lost someone in your life is the time you found yourself.

I hope so.

:
:

I like to be alone and have my own space

but 

i don't like to feel lonely.


Till then,

Lonely me.
230314
12:24am
Brunei Darussalam.