CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 10, 2009

[ Andai kamu tahu apa di hatiku ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Terpulang pada kamu untuk percaya atau tidak
Tapi satu kenyataan yang pasti
Tiada dia atau siapa-siapa pun di hatiku saat ini
No one not even ‘Mr. I-Like-You-The-Most’
Tapi aku bahagia begini
Aku sangat-sangat bersyukur
kerana Allah berikan peluang untuk aku merasai semua ini
Sungguh. Allah mendengar doa hamba-hambaNya
Alhamdulillah.Segala puji hanya untukMu.
Cukuplah aku melakukan ini untuk menjaga hati keranaNya
Aku ini insan biasa yang punya banyak dosa,salah dan silap
Kerana itu aku ingin berusaha untuk men jaga diri semampunya
Tidak sanggup lagi menambah kumpulan dosa yang ada
Aku malu padaNya
Tapi aku juga tidak terlepas dari deras arus dunia
Ku harap kamu sudi tunjukkan aku jalan pulang
Andai tersasar atau lelah di perjalanan



Note for temanku: Jangan risau.Seperti yang aku jelaskan.Tiada dia atau siapa-siapa pun di hatiku.Andai persoalan itu meresahkan mu.Tenanglah.Telah ku kunci hati ini.Kamu kenal aku?Aku mungkin bukan yang dulu lagi dan kamu juga.Inilah di hatiku saat ini.Doakan aku tenang begini selalu.Sepiku bukan menghilang.Aku masih di sini.Teman,maafkan aku andainya kamu rasa seakan dipinggirkan.Bukan niatku.Ada masanya kita perlu bersendiri.Belajar untuk bersendiri dan aku sedang mencuba.Ya,dulu aku pernah terfikir,bagaimana hidupku tanpa kamu.Insan yang selalu berada di sampingku ketika menangis mahupun ketawa.Pada masa yang sama aku juga tidak ingin menyusahkan kamu selalu.Mungkin aku terlupa saat itu.Aku punya Allah dan Dia jugalah mengatur pertemuan kita.Allah adalah sebaik-baik pelindung dan penjaga.Tapi,aku masih ingat bagaimana kamu membuatku terasa begitu bererti.Jangan risau aku belum lupa itu.Insya-Allah selagi nafas ini belum terhenti .

Ya Allah tetapkanlah kami di jalanMu.Dekatkanlah hati kami dan kukuhkanlah ukhwah ini.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami dan berilah kami kekuatan untuk menempuh pahit manis hidup ini.

Berita baik:Hatiku semakin sihat. *tersenyum*


1 Bisik-bisik Buzz:

kN said...

*tersenyum jugak*