CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 9, 2011

[Jam Yang Berdetik dan Soalan Cepu Emas]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Lokasi: Rumah Nenda
Waktu: Lepas Asar di Semenanjung Malaysia
Aktiviti: Minum petang dengan Nenda


Hari ni Nenda buat kuih seri muka.Suka2! Nenda kata kuih buat sendiri boleh makan banyak2 baru puas hati.

Sambil2 minum petang,Nenda tengok calendar.Pejam celik pejam celik dah nak Ramadhan balik.Ye la,bulan ni kita dah nak sambut Maulidur Rasul.

Kata Nenda,tahun ni Nenda dah nak masuk 76 tahun. Entah sampai bila Allah nak pinjamkan nyawa kita kan.

*Ajal maut kuasa Allah dan mati itu sesuatu yang pasti.Ya Allah,bantulah kami untuk menghargai setiap detik hidup ini*

Kata Nenda lagi,masuk awal tahun nie cicit Nenda dah ada 19 orang. *aku kata dalam hati:ramai tue.dah boleh buat team bola!* Tiba2 Nenda tanya soalan cepu emas. 'L*** dah ada 'kawan'?' *aku kata dalam hati:uish,sejak bila pulak Nenda aku jadi wartawan nih?*

Sambung Nenda,
'Nanti dah habis blaja,keja lah dulu.Sayang kalau blaja tinggi2 tapi tak buat apa2.Susah kalau hidup hanya bergantung kat orang.' *aku kata dalam hati:betul2x.langit tak selalu cerah!*

Sembang2 aku dengan Nenda berhenti di situ.Nenda berlalu siapkan lauk untuk makan malam dan aku tolong2 apa yang patut.

********

Lokasi: Tepi kolam ikan kecik.
Waktu: Lepas Asar di Semenanjung Malaysia.
Aktiviti: Bagi ikan makan.

Weekend lepas kenduri kawen rumah senior sekolah rendah. Jiran2 aku yang senior setahun yang di depan rumah,kanan dan dengan yang agak2 270° dari arah kiblat masing2 dah bertunang.Patut la aku pun dah mula kena tanya soalan2 cepu emas walaupun tak habis blaja lagi.Sedar tak sedar umur semakin meningkat.Aku dah melepasi umur layak mengundi.Tapi adik2 aku cakap macam tak sangka aku dah umur 20+.Owh,mereka mungkin terlupa yang mereka pun dah jadi teens!

Hmm,pagi tadi terjumpa nie waktu berjalan2 di alam maya.So,lepas2 nie bila ditanya soalan2 cepu emas lagi. Jawapan aku: Insya-Allah. Dalam proses. Doa2lah semoga dipermudahkan segala apa yang terbaik untukku.Amin. =)



Current mode:*semalam 'hujan' walaupun luar tengah kemarau.alhamdulillah.hujan itu rahmat Allah. :) *



0 Bisik-bisik Buzz: