بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
Proses memendam rasa adalah proses yang boleh mendewasakan diri dalam disiplin kawalan rohaniah, yang akhirnya dilafazkan menerusi doa dan harapan, dan diterjemahkan dalam amalan puasa dan zikir. Sekiranya cara begini mampu dilakukan oleh para remaja, cinta martabat tinggi terhadap Allah boleh membentuk remaja memiliki jiwa besar, mampu menempuh gelora rindu dendam dan berazam membina tekad menjauhkan diri daripada terjebak dengan cinta haiwani, yang boleh mendorong manusia kepada perlakuan yang melampaui batas.
Sumber dari sini.
" Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya pada kecantikkannya, lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita. Andai belum sampai jodohmu, anggaplah bahawa lelaki yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah kepimpinannya bagi memimpin dirimu. Kerana pada wanita itu pasti ada kekurangannya dan lelaki yang benar-benar layak pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu"
4 Bisik-bisik Buzz:
kin masih bertahan dgn perasaan memendam rasa kin sendiri, wlau kadangkala kin merasa lemah....adakah berpuasa, berzikir betul2 dapat menbantu?....
Ukhti Kin sayang,
~Insya-Allah,betul2 membantu.Setiap sesuatu dalam kawalan Allah.Serahkan padaNya,termasuk hati kita.
~Berpuasa=mengawal nafsu, Berzikir=mengingati Allah,j0m usaha sama2!
~Setiap rasa yang ada dalam hati kita ini fitrah.Kadang2 ia datang sendiri secara tiba2 walau tanpa dipinta.Luahkan saja padaNya kerana Dia pemilik dan pencipta hati kecil ini.Dia Maha Mengetahui.
~Kata bijak pandai: Cinta itu suci.Cinta yang sebenar tidak menyakitkan tapi menyembuhkan.Cinta yang sebenar mendekatkan kita pada pencipta bukan menempah tiket ke neraka.
~Bercinta sampai syurga,yuk!
insyaallah kin akan usaha kan...smoga dipermudahkan urusan kin.amin~
~Semoga Allah permudahkan apa yang terbaik untuk kita. :)
Post a Comment