بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
(i)
Cinta itu fitrah.
Pasangan kita tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan. Tetapi Allah yang menggerakkan. Cinta sejati tidak perlu diucapkan, kerana cinta sejati akan berbicara tentang dirinya sendiri. Simpanlah ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat.InsyaAllah. -Sabahan Muslim
(ii)
Pesan Murabbi,
Jangan bebankan diri sendiri dengan sesuatu yang tak pasti.
Bebaskanlah jiwa kita dengan cinta2 rendah dan murah.
Jangan sampai rindu itu membuahkan tindakan. Simpan rapat2 dalam hati. Biar jadi rahsia antara kita dan Dia.
Ambillah masa untuk kita bersedia menjadi milik seseorang.
(iii)
Cinta ada pasang surutnya.
Tanggungjawab itu yang mengikat kita.
Bersediakah?
Ilmu.
Itu jawapannya.
Belajarlah.
Mengenal Allah:Pencipta dan Pemilik jiwa kita.
Mengenal Rasul: Teladan sepanjang zaman.
Mengenal diri: Menjadi yang terbaik.
Current mode:*cinta akan datang bila tiba masanya.ketika tarbiyyah bertasbih dan ketika cinta ditarbiyyah.yakinlah ♥*