CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

[ Ku Cari Cinta di Krabi ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Krabi, Thailand.
Destinasi pertama dalam Kembara Mencari Cinta.

Aku cari cinta,
Tapi tenang yang aku jumpa.

Alhamdulillah.
Syukur kepada pemilik setiap jiwa,
Untuk pertama kalinya,
Tiada lagi 'rasa' yang menyesakkan hati ini.
Tiada lagi persoalan dan ketidakpastian yang menghantui fikiran.
Hati aku tenang dan ringan.

Aku masih lagi berusaha untuk merawat hati ini.
Berusaha mencari bahagia sendiri;
Dan bersedia untuk kembali ke negeri abadi.

Melepaskan semua kenangan, harapan dan angan2 itu tak semudah melepaskan seekor burung di tangan.

InsyaAllah, semoga Allah pinjamkan kekuatan.
Moga hati lebih kuat menempuh ujian mendatang.

Aku.
-perempuan biasa yang mencari cintanya.

01052015
Krabi, Thailand.

Monday, March 19, 2012

[ 3# Bila Perempuan Baik itu Jatuh Cinta. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Petang itu masih seperti selalu bersama deru angin yang sama lembutnya. Awan2 berarak pelbagai rupa, putih bersih persis gula2 kapas. Aku dan si perempuan manis masih juga berkongsi cerita sambil duduk2 di pangkin kayu lama.

“ Awak, cinta macam mana yang termasuk dalam definisi awak tu?” Aku bertanya pada si perempuan manis, masih lagi dengan topik yang sama: CINTA.

Dan si perempuan manis masih tersenyum seperti biasa.

“ Cinta yang pada tempatnya. Pertama, cinta kepada pencipta cinta itu sendiri: Allah S.W.T. Kedua, cinta pada kekasih-Nya: Rasulullah S.A.W. Ketiga, cinta sesama makhluk yang matlamatnya semata-mata untuk meraih redha-Nya. Ha,cinta macam ni baru manis rasanya.” Balas si perempuan manis dengan kata-kata yang sangat dalam maknanya buat aku yang masih mencari cinta.

“ Jadi, tak salahlah kalau kita jatuh cinta kan? ” Aku menyoal untuk kepastian.

“ Setiap benda tak akan salah selagi tidak melanggar perintah Allah. Jatuh cinta tak salah, cuma bagaimana kita menguruskan perasaan cinta itu yang penting. Kalau kita uruskan dengan nafsu serakah, itu memang terang2 sudah salah.” Jawapan kata dua daripada si perempuan manis. Ibarat tiada warna kelabu, yang ada cuma hitam atau putih.

“ Awak pernah jatuh cinta? ” Soalan cepu emas buat si perempuan manis di sebelahku.

Tapi soalanku hanya dijawab dengan senyuman manis yang sederhana tanpa sepatah kata dan rintik-rintik hujan mula turun menyapa daun-daun pokok tempat kami berteduh. Angin mula bertiup lebih kuat daripada biasa. Kali ni aku yakin, angin bawa pesan daripada sang hujan.

“ Hujan adalah rahmat Allah buat makhluk di bumi. Waktu mustajab juga untuk berdoa. ” Kata si perempuan manis.

Dan kami larut dalam doa masing-masing bersama dengan air mata yang tak dapat dibezakan dengan air hujan. Basah. Sebasah hati ini dengan siraman kasih-Nya.

{ Teratak Impian. 0137 a.m waktu Malaysia. 19 March 2012 }

Wednesday, March 14, 2012

[ 2# Bila Perempuan Baik itu Jatuh Cinta. ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Angin petang membuai lembut seiring deru air mengalir di kolam kecil. Aku masih lagi bersama si perempuan manis, melihat anak2 ikan berkejaran yang seakan tak pernah penat berenang dan kami masih berkongsi cerita.

“ Awak, seronok kan kalau ada seseorang yang sayang pada kita? Mesti rasa berbunga-bunga.” Aku mula berangan mengarang cerita ibarat penulis skrip drama.

Dan si perempuan manis itu masih tak lekang dengan senyumannya dan berkata:

“ Hmm,mestilah. Setiap manusia fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi. Cinta itu juga fitrahnya suci kerana ia kurniaan Ilahi, cuma bila bersalut nafsu ia terfitnah menjadi keji. Jadi, harus berhati-hati.

Cinta oh cinta. Bila berbicara soal cinta, 7 hari 7 malam pun belum akan habis kisahnya sedang aku masih tercari-cari erti sebenar sebuah cinta.

“ Apa definisi cinta bagi awak?” Sungguh2 aku bertanya pada si perempuan manis itu. Berharap agar diri memahami erti cinta yang dicari.

“ Bagi saya, cinta yang sebenar itu tidak melukakan, tapi menyembuhkan. Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan pencipta, bukan menempah tiket ke neraka. Itu definisi cinta bagi saya.” Si perempuan manis menyempurnakan kata-katanya dengan senyuman yang sangat bermakna.

Suasana sepi seketika, hanya bunyi air mengalir kedengaran. Satu persatu kata-kata si perempuan manis masuk ke dalam hatiku. Masuk. Simpan. Kunci.

“Terima kasih!” Ucapku dengan mata yang terasa pedih tiba-tiba. Bukan kerana habuk masuk ke mata tapi cinta yang masuk ke hati.

“Untuk apa? Saya kan cuma berkongsi rasa.” Kata perempuan manis itu sambil tersenyum seperti biasa.

“Untuk definisi cinta yang manis dan sederhana seperti orangnya.” Dan kali ini giliran aku tersenyum bermakna.

Deru angin lembut seperti selalu. Masih menyampaikan pesan agaknya. Pesan dari sang hujankah? Atau pesan dari pencinta untuk yang dicintainya.

{ Teratak Impian. 0115a.m waktu Malaysia. 13 March 2012 }

Sunday, July 17, 2011

[ Penyejuk Mata ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




(i)

Bersediakah kita?

‘Jagalah hubungan cinta kita dengan Allah,

Allah pasti akan menjaga hubungan cinta kita dengan manusia.’


Sumber dari sini.


(ii)

Yakinlah, jika pasangan kita juga mencintai Allah, pasti dia dan kita akan disatukan-Nya. Jika tidak,relakanlah perpisahan itu. Jangan bersedih kerana sesuatu yang tidak bermanfaat pasti tidak boleh memudaratkan!


Sumber dari sini.


(iii)

Aku manusia biasa,

Selalu saja kalah,

Bila hati dan perasaan berperang sesama sendiri,

Perjuangan ini bukan sesuatu yang mudah.


Bukan sedikit air mata yang tercurah,

Bukan sedikit usaha untuk mendidik hati,

Bukan sedikit kata2 untuk memujuk hati,

Bukan sedikit yang perlu dibaiki.



Current mode:*aku perlu kamu,kamu,kamu dan kamu untuk selalu mengingatkan aku! :’( *




Thursday, July 7, 2011

[ Doa dan Harapan ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Temani aku dalam ketaatan pada-Nya,

Selalu bersama tidak jemu berdoa kepada-Nya,

Agar hari ini kita lebih baik daripada semalam,

Dan agar hari esok kita lebih baik daripada hari ini.


Current mode:* cinta..tak mengapa saat ini kita jauh. :') *

Friday, June 10, 2011

[ Bisikku Pada Angin ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Bisikku pada angin malam,

Boleh tolong sampaikan pesanan?

Sepi.

Senyum.

Sampaikan salam aku pada dia.

Walau di mana pun dia berada.

Mungkin di dunia yang berbeza.


' Jika benar cinta ini kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah

kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah

maka ia pun berhilir hanya kepada Allah.'


Sumber dari sini.



Current mode: *cinta itu bukan perlu dibunuh tapi perlu dikawal.masih belajar untuk mencintai kamu,kamu,kamu dan kamu*


Tuesday, June 7, 2011

[ Belajar Untuk Mencintai ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






Belajar untuk mencintai.

Mencintai tak semestinya memiliki.

Tapi akan selalu menginginkan apa yang terbaik untuk yang dicintai.

Walau tanpa jasad di sisi atau

bukan aku yang membuatkan hari-hari kamu berseri.



Current mode:*belajar untuk mencintai semua insan yang hadir dalam hidup ini :) *




Wednesday, April 27, 2011

[ Nota ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




(i)

Cinta itu fitrah.

Pasangan kita tidak datang kerana kecantikan, kepintaran ataupun kekayaan. Tetapi Allah yang menggerakkan. Cinta sejati tidak perlu diucapkan, kerana cinta sejati akan berbicara tentang dirinya sendiri. Simpanlah ungkapan cinta dan derap hati rapat-rapat, Allah akan menjawabnya dengan lebih indah di saat yang tepat.InsyaAllah. -Sabahan Muslim

(ii)

Pesan Murabbi,

Jangan bebankan diri sendiri dengan sesuatu yang tak pasti.

Bebaskanlah jiwa kita dengan cinta2 rendah dan murah.

Jangan sampai rindu itu membuahkan tindakan. Simpan rapat2 dalam hati. Biar jadi rahsia antara kita dan Dia.

Ambillah masa untuk kita bersedia menjadi milik seseorang.

(iii)

Cinta ada pasang surutnya.

Tanggungjawab itu yang mengikat kita.

Bersediakah?

Ilmu.

Itu jawapannya.

Belajarlah.

Mengenal Allah:Pencipta dan Pemilik jiwa kita.

Mengenal Rasul: Teladan sepanjang zaman.

Mengenal diri: Menjadi yang terbaik.


Current mode:*cinta akan datang bila tiba masanya.ketika tarbiyyah bertasbih dan ketika cinta ditarbiyyah.yakinlah *


Thursday, April 21, 2011

[ Jika ♥ Itu Dia ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Buat kamu yang aku sendiri tak tahu siapa dan di mana,






Ya Allah,kerana hati ini cuma satu.

Jangan Kau masukkan sesiapa selain dia,

Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul.




Current mode:*jika kita punya rasa yang sama,biar jadi rahsia antara kita dan DIA*

Thursday, December 16, 2010

[ From a Mother with ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Words of wisdom from a Mother (Umi):


Umi: “I haven’t found any entry in Islam that permit what you are doing right now. I haven’t heard from anyone that love before marriage is permitted. But I know there’s no relationship between male and female except for what is very important and official between them. So, may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that it is legal in what you have been learning until now.”


Son: “Not a single phrase, nor a word.”


Umi: “My sweetheart, if you want to build a family, a faithful one, you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah PBUH has taught us. A happy and blessed family come from Allah, and you don’t even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited. You can’t have a happy family if Allah doesn’t help you so, and you must know in every family that stands until their dying day, they have Allah on their side. You can’t expect Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.It’s not me who want you to make a decision like this, but Allah tells you so.”


http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2007/04/16/aku-tinggalkan-cinta-kerana-dia

***
Sometimes when you least expect it.
Love happens!

***

Step back.

Not to quit.

But

Re-energize!


Current mode:*healing is a process.*

Tuesday, September 21, 2010

[ Kerana Hati Ini Cuma 1 ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


*****

Cinta jangan sembunyi

Mataku kabur mencari

Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi

Bila langkahku cuba untuk mengejar dirimu.

***

Aku tak tahu.

Sungguh.

Ada apa dengan rasa ini?

Sesak.

Lemas.

Macam bernafas dalam air.

Aku tak buat apa-apa pada kamu kan?

Jadi.

Boleh tolong aku?

Biar aku rasa macam dulu2.

***

Ya,Allah.

Kau berikanku segala-galanya,

Dan Kau mengujiku dengan cinta dunia.

Permudahkanlah.

Kerna ku mahu pulang pada-MU.

***


Current mode: *kita kawan kan? -->cukup hanya sekadar kawan.

Wednesday, August 4, 2010

[ Sekeping Surat Lama ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sekeping surat lama.

Mungkin yang pertama dan yang terakhir.

Aku harap doa kamu masih seperti yang tertulis di situ.

***


Bagai mengejar bayang-bayang yang tak pernah berhenti berlari

Sungguh.

Puas ku tolak bayangan itu pergi jauh.

Terlalu jauh agar aku lupa wujudnya.


***


Dari hati sekuntum wardah yang sangat biasa.

Kerana aku bukan siapa-siapa.

Cuma berharap.

Dia yang aku cari hanya insan biasa.

Yang setiap cerita di hatinya masih menjadi rahsia.

Seperti mana harapan aku pada dia.

Seperti itu jugalah aku berusaha buat diriku.



Current mode:*aku penyokong perjuangan kamu tapi bukan peminat peribadi*

Wednesday, June 30, 2010

[ Bukan Untuk Dijual ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful








Mencari kekuatan.


Membina keyakinan.



*****


Mutiara dalam bekas kaca.


Cantik kan?


Oops.


Baca sign board tue.


'Bukan Untuk Dijual.'


Boleh tengok.


Tak boleh sentuh.


Yups.


Bukan barang dagangan.


Tapi amanah.


Ada berani?


Tepuk dada.


Tanya iman sendiri.





Current mode:*jom jalan-jalan cari cerita*

Tuesday, April 6, 2010

[ C.I.N.T.A ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Aku Ingin Mencintai-Mu (Edcoustic)
(*bernyayilah dengan hati*)


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-MU


Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Aku ingin mencintaiMU setulusnya,


Sebenar-benar aku cinta


Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku


Aku ingin mendekatiMU

selamanya


Sehina apapun diriku


Kuberharap untuk bertemu denganMU


ya Rabbi..


**********


Teringat zikir ini:


Cukuplah bagiku kemuliaan Allah,

Tiada dihatiku selain Allah,

Cahya yang terpuji di selawatkan Allah,

Tiada Tuhan selain Allah



**********


(*Ku tanyakan pada diri*)


Apa benar ruang hatiku hanya ada Allah? Tiada yang lain?


Apa benar setiap saat,detik dan helaan nafas ini ku mengingati-MU?



Ya Allah,
Sungguh aku ingin pulang kepangkuan-MU.

Sehina apapun diri ini,
Aku mohon agar tunjukkan aku cahaya petunjuk,

di saat aku lemas dalam kelam dosa.

Aku ingin mengejar cinta-MU.




Current mode:*berperang dengan perasaan sendiri--->ingat neraca yang kamu pilih!!*



Sunday, February 21, 2010

[ Izinkan Ku Sapa Hatimu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Petikan mutiara kata yang ku kutip di jalanan maya:
*kata-kata yang menghentikan langkah ku dan berhenti sejenak untuk berfikir*



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala,
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.



Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia,

daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya,

daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.



Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi,
daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.



"Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah,

daripada sang kelkatu yang menerjah api."

*****

Aku insan biasa.

Tidak selamanya kuat.

Adakalanya aku lemah.

Jatuh.

Terduduk.

Tatkala hati berlagu rindu pada-Nya.

Tolong bangunkan aku.

Tika terlenanya aku dalam sedar.




"..Dan janganlah kamu beribadah kepada selain Allah,iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat memberi mudarat kepada kamu."
[ Surah Yunus: 106]

Current mode:*Janji dengan ku. Ajarkan aku untuk mencintai Dia lebih daripada kamu*

Sunday, January 31, 2010

[ Makhluk Allah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





' macam tersenyum kan?'




'Okey,dah kenyang!'





A: Ish,dari mana datangnya? Mesti ada yang buang.


B: Biarkan di sini. Ia juga makhluk Allah kan.


A: Kenapa dengannya,ya? Pelik. Tak manja macam yang lain.


B: 'Phobia' mungkin?


A: Lucu ah. 'phobia' pada manusia?


B: Mungkin juga. 'Datang sini, aku takkan pukul kamu.'


A: Gila kamu. Bercakap dengan binatang. Apa ia faham bicara kamu?


B: Biarkan. Moga ia mengerti.


Current mode:*semakin hari semakin sayang*

Wednesday, January 27, 2010

[ Indahnya Taman Itu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





2 ekor merpati terbang beriringan dan tiba di sebuah persimpangan. Satu jalannya membawa ke sebuah taman yang cantik dan satu lagi menuju ke sebuah taman yang dipagari tembok tinggi.




Merpati 1: Sayangku, jalan yang mana harus kita pilih?



Merpati 2: Aku mahu jalan yang penghujungnya membawa kita kepada taman yang indah itu. Oh,alangkah bahagianya berada di sana!



Merpati 1: Tapi,sayangku. Bukankah taman itu indahnya bermusim. Musim bunganya pendek. Musim luruh dan kemaraunya sangat panjang.



Merpati 2:Ah,biarkan. Asalkan kita boleh bersenang-lenang di musim bunga ini. Jika kamu sayang padaku,buktikanlah!



Merpati 1:Bukankah telah dikhabarkan ramai yang akan menderita di sana bila musim bunga ini berakhir?



Merpati 2:Sayang,aku kan selalu ada bersama kamu. Pasti kamu tidak akan terasa saat yang berlalu. Mari terbang ke sana.



Merpati 1:Aku sayang kamu. Sungguh. Tapi,apa benar ini jalan yang kita pilih?



Merpati 2: Ya,ini jalan yang aku pilih. Sekarang terpulang pada kamu. Sertai aku atau aku tinggalkan kamu sendiri. *hatinya makin tertawan dengan keindahan bunga-bunga di taman itu*



Merpati 1:Oh,Tuhan. Perasaan ditinggalkan itu sakit dan aku sendiri tidak tahu sama ada aku sanggup menghadapinya atau tidak. Tapi,hati kecil ku seakan berat untuk membenarkan aku memilih jalan itu.



Merpati 2: Sayang, ikutlah aku. Aku janji akan sentiasa menyayangimu.



Merpati 1: Sayang? Jika benar sayang, pasti kamu tidak akan mengajak aku untuk menempah derita. Pasti kamu tidak akan merelakan aku menjadi bahan api di sana nanti. Sudahlah, kamu berhak menentukan pilihanmu kerana aku sudah memilih jalan ku sendiri.



Merpati 2: Baik. Terpulang pada kamu. Selamat tinggal.



Merpati 1: Ya,Allah. Berikan aku secebis kekuatan untuk menjalani hidup ini kerana telah ku pilih jalan-Mu.



*deraian air matanya berguguran. Sedih melihat temannya pergi. Sedih mengingatkan debu-debu dosa yang melekat padanya. Bayu bertiup membawa haruman taman di hujung jalan pilihannya. Haruman yang lebih wangi dari taman pertama kerana musim bunganya sepanjang masa.*



Merpati 1: Ya,Allah. Aku yakin dengan pilihanku dan aku tidak sendirian.



*makin jelas kelihatan pintu gerbang indah berukir Al-Jannah dan dia menoleh ke belakang melihat taman Jahannam yang semakin jauh ditinggalkan*





Current mode:* terbang tinggi-tinggi :) *

Sunday, November 1, 2009

[ Mendidik Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Kita selalu katakan,
Langit itu tinggi sekali,
Tapi bila ada satu saat langit itu kelihatan rendah ,
Hingga mungkin dapat digapai,
Kita tersedar.
Selama ini langit yang kita rasakan begitu tinggi,
Adalah bukan langit yang sebenar.
Cuma awan biasa malah mungkin juga kabus yang kabur di depan mata.

Begitu juga dengan manusia.
Mungkin kita membayangkan seseorang itu hampir sempurna,
Seakan dia lengkap segalanya.
Tapi bila satu saat kita terlihat kekurangannya,
Kita kecewa.
Dan kita sedar yang dia juga manusia biasa,
Punya kelebihan dan juga kekurangan yang nyata.




**********************************



Pesanan buat hati-hati yang berbicara:
Andainya diri ini diterima kerana kelebihan,
Kamu pasti akan kecewa bila terlihat kekurangan.
Andainya diri ini diterima kerana rupa luaran,
Kamu pasti akan kecewa bila ia kepudaran.
Andainya diri ini terima kerana perwatakan,
Kamu pasti kecewa kerana aku mungkin bukan lagi orang yang sama di masa depan.
Terimalah aku semata-mata kerana Allah,
Ternyata ukhwah yang terbina pasti akan berpanjangan.




**********************************



Kata Murobbi,
Hubugan kita dengan manusia adalah indicator kepada hubungan kita dengan Allah.Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah pasti akan menjaga hubungan kamu dengan manusia.





**********************************



Ilahi Rabbi,
Berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati ini,
Kurniakanlah aku segenggam tabah untuk mendidik hati ini,
Moga setiap goresan di hati ini menjadi peringatan agar selalu ingat padaMu.


Current mode: *belajar untuk berlapang hati,memberi dan menerima seadanya.*

Thursday, September 24, 2009

[ Pesanan Buat Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






Ku tanyakan pada hati.

Rindu itu untuk siapa?

Ku soalkan pada hati.

Kasih itu buat siapa?

Ku ajukan pada hati.

Sayang itu pada siapa?

Duhai hati-hati yang merindu.

Dengarlah bisikan hati ku.

Andainya rindu,kasih dan sayang itu disandarkan pada Dia.

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Maka berbahagialah kamu.

Pasti damai yang dicari akan kamu temui.

Walau bukan di dunia ini.

Pasti di daerah abadi nanti.

Tersenyumlah.

Walau insan lain kehairanan memandang kamu.

Biarkanlah.

Hanya hati yang dipenuhi cinta padaNya.

Dapat merasai kemanisan iman yang diimpi.


Current mode:*hujan,kau ingatkan aku tentang satu rindu*

Monday, August 31, 2009

[ Harap Kamu Mengerti ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sejujurnya aku sendiri tidak tahu bagaimana menyusun dan mengarang kata untuk menceritakan apa yang tersirat di hatiku.


Apa hanya aku yang salah mentafsirkan segalanya?
Apa ini tandanya aku masih tidak ikhlas untuk berjuang di jalanMu?
Apa ini tandanya hatiku masih terikat dengan cinta pada dunia?


.:.Ya Allah,sungguh aku tidak mengerti hatiku.:.


# 1:
Aku tahu kita teman sekerja dan harus bersikap professional. Tapi sungguh aku tidak selesa begini.Maafkan aku teman.Kamu tidak salah.Mungkin hanya aku perlu lebih memahami keadaan.Kamu penuh dengan nasihat dan idea yang membina tapi mungkin cara kita berbeza.


# 2:
Aku tahu kita ini teman malah saudara seislam. Bukan niatku untuk memutuskan silaturrahim antara kita. Cuma hatiku tidak tenang jika kita selalu berhubung.Maaf.Aku tahu kamu selalu memberi nasihat yang baik, kata-kata semangat malah mengingatkan aku pada tanggungjawab sebagai seorang muslim.Namun jauh di sudut hatiku berkata: Ada kemungkinan untuk syaitan membisikkan tipu helahnya yang licik itu!Hentikanlah.Jangan bermain dengan api andai tidak mahu terbakar diri. Maafkan aku teman.Doakan kejayaan kita.


Petikan dari Melakar Cinta Firdausi:


‘Ya Allah,ikhlaskan diriku dalam perjuangan ini. Pandulah hatiku ke jalan yang Engkau redai. Jauhkanlah aku daripada mengharapkan kepada kemasyuran,pangkat,jawatan dan pujian. Aku takut ya Allah. Aku takut kerana kotornya hatiku maka niatku juga akan kotor. Ya Allah,bersihkanlah hatiku. Hanya kepadaMu aku berserah diri,memohon petunjuk,pertolongan dan perlindungan.’

Current mood: *sungguh aku ingin menjadi seperti dia. Bijak dan lincah di medan juang namun tetap terjaga. Seindah mawar berduri malah ibarat bidadari berwajah manusia.*


.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.