CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Insan Suci. Show all posts
Showing posts with label Insan Suci. Show all posts

Wednesday, May 18, 2011

[ Itu Aku Suatu Ketika Dulu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Melihat anak2 kecil,

Aku tersenyum.

Melihat mereka berlari-lari,

Aku tersenyum.

Melihat mereka berbicara sesama sendiri,

Aku tersenyum.

Melihat mereka tersenyum.

Aku tersenyum dan tersenyum lagi.

Teringat saat seumur mereka.

Aku bermain dan berlari.

Ketawa lepas, senang hati.

Bila terjatuh dan terluka,

Aku menangis,

Dan beberapa detik kemudian,

Aku kembali bermain bersama air mata yang masih tersisa.

Tersenyum kembali,

Tanpa sedikit pun calar di hati.

Kerana di waktu ini,

Luka dan air mata silih berganti,

Tapi hati masih suci.


Current mode:*masa berlalu.keadaan berubah dan begitu juga seorang ‘Aku’.*

Friday, January 14, 2011

[ Mimpi Insan Suci ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)

Hujan renyai2.

Seakan sama suasana di hatiku.

Biar air mata dan hujan bersatu.

Biar tiada siapa pun tahu.

Kecuali pencipta dan pemilik hati kecil ini.

Oh,hujan itu rahmat.

Dan ujian juga begitu.

Di saat hati merintih dan air mata mengalir.

Makin kuat ingatanku padaMU.

Ya,itu juga pintaku.

****

(ii)

Kalau kamu mahu,

Ada syaratnya.

Kamu perlu janji.

Kita tak akan ulangi kesilapan mereka.

Walau sakit,susah atau marah.

Biar jadi rahsia kita berdua dan DIA.

Jangan hancurkan mimpi insan suci itu.

****

(iii)

DIA ada.

Di mana-mana.

Seperti mana oksigen yang tak pernah kita nampak bentuknya.

Tapi tetap wujud dalam setiap hela nafas dan titik darah kita.

****


Current mode:*jangan biar mimpi indah itu pergi.jadikan ia realiti!cepat kejar!*lari*