CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 28, 2012

[ Jalan Pulang Ke Bumi ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)
Aku perempuan ego?
Entah.

Yang aku tahu,

Aku tak mahu dilihat lemah.

dan aku bukan perempuan murah.

Bukan kerana aku terlalu sempurna,

tapi kerana aku hanya perempuan biasa.

Punya hati seringan dan selembut kapas,

yang boleh terbang melayang ke langit mimpi,

Nanti aku lupa jalan balik ke Bumi.



(ii)

A: Saya tahu 1 kelemahan awak.

B: Apa?

A: Kalau awak dah suka sesuatu/seseorang, awak susah nak lepaskan/lupakan. Betul x?

B: Ermm. Hey,itu SETIA namanya. Kelebihan laaaaa! Hmm,betul. Kadang2 boleh jadi kelemahan jugak. *kalau tersuka bukan pada tempatnya.-->cakap dalam hati sendiri*

A: Sebab tu saya suka. Kelebihan dan kelemahan awak.

B: Errr..*awak mungkin belum betul2 kenal saya lagi.Banyak kelemahan saya yang awak belum tahu.--->cakap sendiri dalam hati lagi.



(iii)

Ya Allah,

Ilahi,

Rabbi,

Ada apa dengan rasa ini?

Kenapa mesti ia datang lagi?

Saat aku benar2 ingin berlalu pergi,



Current mode: Mencari jalan pulang balik ke Bumi.

0 Bisik-bisik Buzz: