CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 18, 2012

[ Kerana Aku Manusia Biasa ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

(i)

Andai saja aku punya kuasa ajaib,

akan ku hapuskan semua duka hati mereka,

biar semuanya bahagia.

Tapi ternyata,

aku hanya manusia biasa.


Kerana aku manusia biasa,

tak mampu untuk menyenangkan hati semua,


Kerana aku manusia biasa,

tak mampu ku hapuskan sakit yang di rasa.


Kerana aku manusia biasa,

hanya mampu berusaha menjadi yang terbaik semampunya.


(ii)

Hati menangis sedih saat;

melihat wajah2 tua yang kesunyian,

mereka2 yang tersayang saling menyalahkan,

hajat2 yang tidak mampu ku tunaikan untuk saat ini.


dan kerana itu,

ada saatnya aku benar2 ingin menghilang,

biar hati ini tak menangis lagi.


dan kerana itu,

ada saatnya aku menjadi 'keras',

mungkin kerana terbiasa menahan dan menyimpan semuanya sendiri.


(iii)

Allah.

Hanya pada-Mu aku memohon,

kerana hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.

Titipkanlah rasa kasih dan sayang-Mu di hati insan2 yang ku sayangi,

kerana hati2 yang bertaut pada Yang Satu akan lebih mudah untuk bersatu.



Current mode: Berharap semuanya baik2 saja!

0 Bisik-bisik Buzz: