CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 12, 2012

[ Jalan Hidup Yang Masih Rahsia ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful







(i)

Aku tak tahu apa yang menanti di hujung jalan hidupku,
Jalan hidup ini masih panjang atau sudah singkat?
Berliku atau berkabuskah?
Sungguh.
Aku tak tahu,
dan hanya pada Allah,
aku memohon,
Kerana hanya Allah sumber kekuatan,
Hanya Allah sumber ketenangan.


(ii)

Semalam kata bonda, kerja 2-3 tahun lepas tu kawin.
Aku?
Aduh,kerja pun belum.
Calon?
Bagi aku,
Selagi si dia tak datang jumpa keluarga,
Selagi itu dia belum calon imamku.


(iii)

Ya Allah,
Permudahkanlah urusan2 yang terbaik untukku,
Panjangkanlah umurku agar aku dapat berbakti kepada keluargaku.






Current mode: Solehah itu cita2. Sedang berusaha. :')

0 Bisik-bisik Buzz: