بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
Lelaki itu buat aku,
Seorang insan yang dilahirkan sebagai pemimpin,
Pelindung buat aku rasa selamat,
Penyokong yang tegar saat aku mula mengalah.
Lelaki itu buat aku,
Insan yang dianggap 'Hero' bagi anak2ku nanti,
Bukan kerana dia 'SuperHero',
Tapi kerana dia mencontohi sebaik-baik lelaki sempurna.
Rasullullah S.A.W.
Lelaki itu buat aku,
Insan yang mengajar aku untuk mencintai Allah dan Rasul melebihi dirinya.
Siapa lelaki itu dalam hati aku?
Pemilik cintaku setelah Allah S.W.T dan Rasullullah S.A.W.
Current mode: Menyiapkan diri sebagai penyejuk mata dan penenang jiwa~ :)
0 Bisik-bisik Buzz:
Post a Comment