CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, August 29, 2010

[ Cerita Hati Seorang 'Aku' ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sungguh aku tidak sanggup untuk tahu mengapa ini terjadi.

Bukan kerana tidak mahu memahami.

Kerna ia bakal mengguris hati kecil ini.

Luka itu mungkin akan cepat sembuh.

Tapi parut yang tinggal akan selalu mengingatkan aku tentang itu.

Dan aku tidak mahu ada persepsi buruk pada sesiapa.

Berapa lama lagi harus aku menyaksikan semua ini.

Dari aku kecil menangis sambil memegang botol susu,

Menangis di atas tangga,

Menangis di balik pintu,

Sampai menangis dalam tidur.

Kerna termimpi-mimpi.

Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Kerana kalian lebih tahu hati sendiri.

Tapi berilah peluang pada aku,dia dan dia untuk lebih selamat di sini.

Kerana itu yang sepatutnya.

Tolong jangan hancurkan harapan kami untuk melihat hari esok yang berwarna-warni dengan air mata itu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bantu kami untuk mendekati-Mu.

Moga setiap titik air mata yang mengalir hanya kerana-MU.

*****

Pesan pada diri:

Bila realiti tidak selari dengan impian.

Jangan pernah berhenti untuk berharap.

Berdoa.

Berdoa.

Berdoa.

Teruskan berusaha untuk menjadikan setiap detik itu bermakna.

Mungkin terkadang aku sendiri tergelincir dari misi ini.

Kerana aku ini manusia biasa.

Ingatkan aku ya!

*****

Buat teman-temanku,

Terima kasih:

*tolong kejutkan sahur.

*tolong kejutkan subuh.

*tolong belikan makanan berbuka

*tolong bancuhkan air.

*tolong angkatkan baju di ampaian.

*tolong hantar/tumpangkan ke campus/ anywhere.

*tolong bantu aku untuk menjadi lebih baik.

*terima kasih kerana sabar melayan karenahku.

*…list ini akan menjadi infinity kerana kebaikan kalian itu terlalu banyak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga Allah merahmati kalian selalu…*

******

Maafku pinta dari sesiapa yang singgah di sini samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf kerana mungkin telah mencuri waktu kalian pada setiap persinggahan kalian di sini.Laman ini adalah salah satu ‘Siri Merenung Diri’ dan perkongsian cerita hati seorang ‘Aku’. Mana yang baik jadikan teladan,mana yang buruk jadikan pengajaran.

Current mode: *berharap agar pelangi cantik hadir lagi selepas hujan ini*

Wednesday, August 25, 2010

[ I'm Happy ♥ ! ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




I'm trying to smile just like my favorite picture in the frame.

I'm trying to make things clear as it used to be.

I'm trying to be as neutral as possible.

I'm trying to let go all the things that makes me worry.

I’m trying to be as who I’m supposed to be.

Why??

I just want to be HAPPY.


Current mode:* today was a fairytale? Not for me. I'm not dreaming! *

Tuesday, August 24, 2010

[ P.M.S ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Terasa seperti mahu berlari dalam hujan

Berlari sungguh-sungguh.

Dan biarkan diri kebasahan.

Aku mahu menangis sungguh-sungguh.

Biar lepas semua kabus itu.

Aku mahu ini bukan kerana aku sedih.

Cuma mahu rasa lega seperti lepas menangis.

****

Bukan menyalahkan rasa itu.

Tapi sedikit sebanyak ia punca riak2 kecil di tasikku.

Aku tahu masa akan menjadi penawarnya.

Ya Allah,kuatkan aku.

Moga semuanya kembali seperti sediakala.

****

Updated.

Uuuu…sedih.

Bila sesuatu terjadi dan kamu xpasti sama ada ia memang betul2 salah kamu atau tidak.

Kerana hati kamu kuat menyatakan yang ia bukan salah kamu 100%.

Tapi di mata orang lain?

Ya,memang kamu yang salah.

Oh,kalaulah ada cctv yang dapat record and tengok balik semua.

-->Ada! Kat akhirat nanti.

*uu,aku tak ganas macam tue*



Current mode: P.M.S-> Perlu Masa Sendiri.Mood swings.Uncontrolled.Tidak mahu menyakiti siapa2.

Wednesday, August 11, 2010

[ 1# ♥'s Story ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Marhaban Ya Ramadhan.


Ramadan Du'a: DAY 1

Ya ALLAH, on this day. Please make my fasts the fasts of those who fast (sincerely), and my standing up in prayer of those who stand up in prayer (obediently), awaken me in it from the sleep of the heedless, and forgive me my sins , O God of the worlds, and forgive me, O one who forgives the sinners.


**********

Lets break the ice!

Hope everything will be back as it used to be.

People changed. Love too!



Current mode:* i saw blue birds flying in the sky. Why o why can't i?*

Wednesday, August 4, 2010

[ Sekeping Surat Lama ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sekeping surat lama.

Mungkin yang pertama dan yang terakhir.

Aku harap doa kamu masih seperti yang tertulis di situ.

***


Bagai mengejar bayang-bayang yang tak pernah berhenti berlari

Sungguh.

Puas ku tolak bayangan itu pergi jauh.

Terlalu jauh agar aku lupa wujudnya.


***


Dari hati sekuntum wardah yang sangat biasa.

Kerana aku bukan siapa-siapa.

Cuma berharap.

Dia yang aku cari hanya insan biasa.

Yang setiap cerita di hatinya masih menjadi rahsia.

Seperti mana harapan aku pada dia.

Seperti itu jugalah aku berusaha buat diriku.



Current mode:*aku penyokong perjuangan kamu tapi bukan peminat peribadi*