CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Hati. Show all posts
Showing posts with label Hati. Show all posts

Friday, May 29, 2015

[ Masa. Kenangan. Hati ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Masa;
Akan tiba masa yang semua rasa yang pernah wujud ini lenyap dari hati,
Hingga tiada yang tersisa.

Kenangan;
Tinggal cuma cebisan kenangan yang kabur,
Atau mungkin hilang semuanya.

Hati;
Semoga hati lebih tabah,
Semoga hati lebih tenang,
Semoga Allah redha.

Aku
-perempuan yang rapuh hatinya.
KL-Kedah

Sunday, May 24, 2015

[ Maafkanlah ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

(i)
Sejak kebelakangan ni, hati aku tak tenang.
Sakit tu dah tak rasa, cuma ngilu terasa setiap kali teringat.
Mungkin aku belum cukup ikhlas untuk memaafkan.
Maafkan semua orang yang buat aku terluka, walau siapa pun dia,
Dan yang paling penting maafkan diri sendiri.
Ya,
Memaafkan diri sendiri.
Baru hati dapat terima yang setiap kejadian itu telah Allah aturkan.
Takdir Allah pasti terbaik untuk hambaNya.

(ii)
Maaf;
Maafkanlah walau siapa pun dia yang pernah membuat kamu terluka.
Semoga dengan memaafkan, hati akan lebih tenang.
Semoga dengan memaafkan, luka di hati akan lebih cepat sembuh.
Semoga dengan memaafkan, kau mampu untuk melupakan setiap  kenangan.
Semoga dengan memaafkan, kau mampu untuk tersenyum dan punya semangat baru.
Semoga dengan memaafkan, Allah redha kepadamu.

Aku
-perempuan biasa yang terluka hatinya dan sedang belajar memaafkan diri sendiri.

Sunday, May 17, 2015

[ Andai Ini Takdirnya ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Aku masih mencari semangat yang hilang.
Kecewa dan terluka itu biasa.
Tapi untuk terima kenyataan dan berlagak seperti tak ada apa2 yang berlaku itu tak biasa.
Aku perlu masa.

Masa;

Setiap luka perlu masa untuk sembuh.
Setiap yang kecewa perlu masa untuk pulihkan semangatnya.
Kerana sakit buat yang meninggalkan tak sama dengan yang ditinggalkan.

Jadi,
Bagi aku masa untuk kembali tersenyum lebih manis daripada sebelumnya.

Aku tak meminta untuk waktu diundur kembali,
Cuma aku harap hati ini redha dengan aturan takdir Ilahi.

Aku
-perjalanan mencari diri.
Kedah-KL

Thursday, June 2, 2011

[ Biarkan Hatimu Berkata-Kata ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)

Pesan Seorang Kakak:

Jika hendak seribu daya.

Jika tak hendak, doa-doalah biar hati jadi lunak.

Tunduk dan menyerah kepada apa yang Allah kehendaki.

Semakin besar cintamu kepada Allah, semakin kecil nilai makhluk di hatimu

Jadikan ujian cinta ini sebagai lubuk pahala

apabila kau perisaikannya dengan mujahadah.


Aduhai hati, takutlah pada syirik cinta!

Jangan tipiskan sensitivitimu wahai hati,

kerana aku tak sanggup memiliki hati yang mati.


(ii)

Pesan Seorang Ikhwah:

Jika ada masalah hati,

Tutuplah semua pintu-pintu yang membawa kepada masalah hati.


(iii)

Si dia yang dicari pasti akan datang menjemput,

bukan sebagai kekasih gelap

tetapi sebagai pilihan hati.

Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci.

Pilihan untuk dinikahinya.


Current mode: * biarkan aku menyepi untuk menjaga hati dan diri sampai jumpa nanti*

Sunday, May 22, 2011

[ Say-It-Right. ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




It's easy to say a few words,

but

it's hard to tell what you feel inside.



Current mode:*it takes a lot of ♥ to say we're friends*
*

Friday, May 6, 2011

[ Di Angin Lalu Ku Sampaikan Pada Kamu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


(i)

Rasa itu datang dan pergi,

Bagai angin yang bertiup.

Kadang2 kencang,

Kadang2 lembut beralun,

Kadang2 sepi dan kaku,

Aku sendiri tiada kata untuk menafsirkan rasa itu seperti apa.


******


(ii)

Ya Allah,

Hanya Engkau yang mengerti suasana di hatiku,

Saat aku sendiri keliru dengan rasa ini.

Ya Allah,

pemilik hati dan jiwa ini,

Tutuplah pintu hatiku dari cinta selain semata-mata kerana-Mu

Izinkan aku untuk mencari cinta yang diredhai-Mu.

Kuatkanlah ingatanku pada-Mu melebihi segala isi dunia.

Tulus.

Bila hati berbicara.


Yangmencaricinta-Mu,

Wardah.


Current mode:*bila hati rindu pada penciptanya.carilah jalan pulang!*


Thursday, March 31, 2011

[ Carilah DIA Di ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





(i)

Bila manusia dapat sesuatu, maka timbul pula kesedihan dan keresahan. Kenapa? Kerana takut kehilangan sesuatu itu. Bila ia benar2 berlaku saat sesuatu itu hilang entah ke mana. Dia berdukacita terkadang sampai hilang punca.

Kenapa mesti begini wahai hati?

Laa Tahzan! Jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Duhai hati,

Allah pinjamkan kita sesuatu, Allah akan tarik kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Malah kita juga pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah sampai satu waktu dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.

Sedarlah, antara hidup dan mati serta semua harta yang kita punya saat ini adalah milik Allah. Nyawa yang masih dipinjamkan pada kita, tubuh yang boleh bergerak ke sana-sini, setiap degup jantung malah setiap hela nafas dan titik darah kita hanya milik Allah. Berapa lama pinjaman sementara ini? Hanya Allah yang mengetahui.

Maka jika itu kita yakini sepenuh hati, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih hingga hilang punca dan gila? Tidak, kita tidak boleh bersedih kerana sesuatu yang bukan milik kita.

Duhai hati yang menangis,

Tenanglah. Bila terasa diri seperti sudah tak mampu bergerak dan tidak punya apa2. Jangan menyerah kalah atau hilang punca. Dunia ini belum berakhir,masih punya waktu untuk berjuang. Carilah Allah dalam hatimu. Apa Dia berada di tempat yang sepatutnya?

Duhai hati yang resah,

Jangan sesekali kau sandarkan kebahagiaan itu pada sesuatu yang sementara. Pada manusia yang akan mati, pada harta yang akan habis, atau pada dunia yang pasti akan berakhir. Kembalilah pada Allah. Pemilik dan pencipta yang kekal. Yang tetap ada walau kadang2 kita lupa. Yang tetap sayang pada hamba2Nya. Bersangka baiklah pada setiap apa yang terjadi kerana perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

(ii)

Kadang2 berdepan dengan kenyataan yang menakutkan dan menyakitkan.

Tapi sampai bila nak lari?

Resah?

Buang jauh2 sampai aku lupa wujudnya.




Current mode:*biarkan ia bebas.jangan ditunggu dan ditangisi apa yang bukan milik kamu.*

Saturday, March 12, 2011

[ Kembali PadaNya ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Saat rindu itu hadir,

Tahajjud cinta menjemputku di awal pagi.

Saat rindu itu kembali menjengah,

Dhuha menyapaku.

Saat rindu itu berbisik lagi,

Panggilan2 CintaNya mendahului.

Saat rindu itu cuba berbicara denganku,

Ayat2 cintaNya mula berlagu.

Saat rindu itu cuba membawa aku terbang tinggi,

Janji2 Allah mengingatkan aku untuk terus berpijak di bumi.

Saat rindu itu cuba mengintai di balik awan

Ada hijab yang terlalu utuh untuk ditembusi

Bila hati berkata: Rasa itu fitrah.Serahkan saja pada Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Doa2.Walau tanpa kata2. Itu cukup untuk menjadi penghubung antara kamu dan dia.Cinta yang sebenar itu tidak melukakan tapi menyembuhkan.Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan pencipta bukan menempah tiket ke neraka.


*Rindu tersipu malu dan berlalu pergi.*


***

Duhai hati,ingatlah.

Sungguh,Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Surah Fatir (35) : 38

Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu. Surah Az-Zumar (39):62



Current mode:*bercinta sampai syurga,bukan suka2!*

Monday, January 31, 2011

[ Cinta Yang Tidak Bernoktah ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


(i)

Biarkan hatimu berbicara.

Bagaimana keadaannya?

( Owh,terasa seperti diketuk-ketuk bila baca artikel di sini)

Tanya sama hati.

Apa kamu rasa?

(Sila nyanyi mengikut rentak lagu --> Tanya sama pokok,apa sebab goyang?)

Sekarang,siapa rasa hati dia sakit?

Silalah paksa makan ubat ye!

(Ubat tue mulanya pahit,susah nak telan tapi lama2 rasa manis macam coklat dan cepat sembuhnya.)

Nota Hati: Rawatlah hatimu dengan al-Quran.

(ii)

Demi cinta-Nya ku pergi,
Tinggalkanmu, relakanmu,
Untuk cinta-Nya tak pernah,
Ku sesali saat ini,
Ku alami, ku lewati.

Edited Lirik lagu Dalam Mihrab Cinta-Afgan

(oh,cik hati.teruskan berjuang!)


Petikan Novel DMC: Untuk berbuat jahat saja berani nekad, masakan untuk berbuat baik tidak berani nekad!


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (Q.s. at-Taubah [09]: 41)


(iii)

Jujur.

Separuh hatiku berkata: Aku mahu!

Separuh lagi hatiku berkata: Apakah cara ini sesuci embun pagi seperti dalam mimpi?

Ya Ilahi Rabbi,

Permudahkanlah apa yang terbaik untukku.

Tabahkanlah hatiku untuk menerima ketentuanMU.

Ya Allah,

Jika yang indah itu hanya mimpi.

Jadikanlah mimpi ini kenyataan.

Hanya padaMU ku sandarkan segala pengharapan.


Current mode:*aku pergi dulu.jika kamu mahu cari aku.temui Pemilikku.*


Wednesday, January 19, 2011

[ Hatiku Bukan Milikku @ Kamu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sumber gambar hiasan: zackzukhairi.


A: Tunggu,jangan lari! Itu hati saya tapi bukan saya punya! Tolong jangan curi hati saya! *menangis*


*****


Maaf.

Hati ini memang ada pada aku.

Tapi bukan milikku apatah lagi kamu.

Ia cuma pinjaman dari Allah,

yang aku perlu jaga.

Kalau kamu mahu,

boleh tolong aku jaga hati ini sama-sama?



Current mode:*perlu paksa hati makan ubat.pahit tapi cepat sembuhnya!*


Thursday, December 23, 2010

[ Sepi itu Indah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Tetaplah kamu bisu di situ.

Walau aku sunyi tanpa suaramu.

Aku tidak mahu bermain api,

Kerana aku tahu diri ini tidak kuat untuk menahan bahangnya.



Current mode:*bernafas dalam lumpur.lelah.tapi belum mengalah!*

Friday, December 10, 2010

[ Doa Qalbu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






*Terjumpa lagu nie waktu 'melompat2 ke blog2 teman maya*



Cuba duduk diam2.

Dengar lagu nie.

Terasa macam apa yang dah lama terbuku di hati.

Kadang2 tak dapat nak luahkan.

Cuma mahu menangis.

Kadang2 nak ceritakan semuanya

Tapi Allah tahu segalanya.

Kerana

DIA pencipta hati ini

DIA pemilik hati ini.

Ya Allah,

Peganglah hatiku dan jangan biarkan aku berpaling dari-MU.



Current mode:*Hargailah status anda sekarang kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik untukmu dan Allah tahu kamu mampu menghadapinya.*

Friday, October 8, 2010

[ Antara 2 ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Kelabu?

Itu tanda keliru.

Kerana yang ada cuma HITAM atau PUTIH.

Tiada di antara.


***

Adik jangan takut gelap.

Sebab kakak ada lilin.

Adik jangan takut apa yang di luar.

Sebab kakak ada di sini.

Adik jangan takut tutup mata.

Sebab kakak akan menjaga.

-CINTA-


Current mode:*bila hati seakan tidak mahu berkata sejujur-jujurnya*


Tuesday, September 21, 2010

[ Kerana Hati Ini Cuma 1 ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


*****

Cinta jangan sembunyi

Mataku kabur mencari

Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi

Bila langkahku cuba untuk mengejar dirimu.

***

Aku tak tahu.

Sungguh.

Ada apa dengan rasa ini?

Sesak.

Lemas.

Macam bernafas dalam air.

Aku tak buat apa-apa pada kamu kan?

Jadi.

Boleh tolong aku?

Biar aku rasa macam dulu2.

***

Ya,Allah.

Kau berikanku segala-galanya,

Dan Kau mengujiku dengan cinta dunia.

Permudahkanlah.

Kerna ku mahu pulang pada-MU.

***


Current mode: *kita kawan kan? -->cukup hanya sekadar kawan.

Sunday, August 29, 2010

[ Cerita Hati Seorang 'Aku' ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sungguh aku tidak sanggup untuk tahu mengapa ini terjadi.

Bukan kerana tidak mahu memahami.

Kerna ia bakal mengguris hati kecil ini.

Luka itu mungkin akan cepat sembuh.

Tapi parut yang tinggal akan selalu mengingatkan aku tentang itu.

Dan aku tidak mahu ada persepsi buruk pada sesiapa.

Berapa lama lagi harus aku menyaksikan semua ini.

Dari aku kecil menangis sambil memegang botol susu,

Menangis di atas tangga,

Menangis di balik pintu,

Sampai menangis dalam tidur.

Kerna termimpi-mimpi.

Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Kerana kalian lebih tahu hati sendiri.

Tapi berilah peluang pada aku,dia dan dia untuk lebih selamat di sini.

Kerana itu yang sepatutnya.

Tolong jangan hancurkan harapan kami untuk melihat hari esok yang berwarna-warni dengan air mata itu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bantu kami untuk mendekati-Mu.

Moga setiap titik air mata yang mengalir hanya kerana-MU.

*****

Pesan pada diri:

Bila realiti tidak selari dengan impian.

Jangan pernah berhenti untuk berharap.

Berdoa.

Berdoa.

Berdoa.

Teruskan berusaha untuk menjadikan setiap detik itu bermakna.

Mungkin terkadang aku sendiri tergelincir dari misi ini.

Kerana aku ini manusia biasa.

Ingatkan aku ya!

*****

Buat teman-temanku,

Terima kasih:

*tolong kejutkan sahur.

*tolong kejutkan subuh.

*tolong belikan makanan berbuka

*tolong bancuhkan air.

*tolong angkatkan baju di ampaian.

*tolong hantar/tumpangkan ke campus/ anywhere.

*tolong bantu aku untuk menjadi lebih baik.

*terima kasih kerana sabar melayan karenahku.

*…list ini akan menjadi infinity kerana kebaikan kalian itu terlalu banyak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga Allah merahmati kalian selalu…*

******

Maafku pinta dari sesiapa yang singgah di sini samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf kerana mungkin telah mencuri waktu kalian pada setiap persinggahan kalian di sini.Laman ini adalah salah satu ‘Siri Merenung Diri’ dan perkongsian cerita hati seorang ‘Aku’. Mana yang baik jadikan teladan,mana yang buruk jadikan pengajaran.

Current mode: *berharap agar pelangi cantik hadir lagi selepas hujan ini*