CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Hidup. Show all posts
Showing posts with label Hidup. Show all posts

Friday, May 8, 2015

[ Ikan Tawar di Laut Masin ]

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sungguh, aku sedang dalam perjuangan, bertarung dengan diri sendiri. Untuk menjadi positif dan hati jernih ini terlalu besar cabarannya.Saat persekitaran yang menguji untuk kekal mujahadah.

Menjadi ikan yang sedap isinya walaupun hidup di laut yang masin?

Oh tuhan,
Entah berapa lama lagi aku mampu berjuang?
Aku mohon, berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati dan diri yang penuh debu dosa ini.

Saat aku terasa tak punya siapa2 dan apa2 dalam hidup ini,
Cukupkanlah hati ini dengan rahmat-Mu.

Aku
-perempuan biasa yang penat dengan drama manusia keladak.

*mohon didoakan agar sentiasa tenang dalam mencari redha Allah. 

Wednesday, May 6, 2015

[ Permulaan Baru ]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Permulaan yang baru.
Setiap manusia ada cerita hidup masing-masing;
Dan ini cerita aku.
Yang masih mencari bahagia sendiri.

Sampai ketemu lagi.

P/s: Ada beberapa post yang dah dibuang. Kenangan yang tak patut untuk dikenang.

Aku.
-yang tak sempurna.

Thursday, March 31, 2011

[ Carilah DIA Di ♥ ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





(i)

Bila manusia dapat sesuatu, maka timbul pula kesedihan dan keresahan. Kenapa? Kerana takut kehilangan sesuatu itu. Bila ia benar2 berlaku saat sesuatu itu hilang entah ke mana. Dia berdukacita terkadang sampai hilang punca.

Kenapa mesti begini wahai hati?

Laa Tahzan! Jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanya pinjaman sementara. Tiada yang kekal.

Duhai hati,

Allah pinjamkan kita sesuatu, Allah akan tarik kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Malah kita juga pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah sampai satu waktu dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepada sang empunya.

Sedarlah, antara hidup dan mati serta semua harta yang kita punya saat ini adalah milik Allah. Nyawa yang masih dipinjamkan pada kita, tubuh yang boleh bergerak ke sana-sini, setiap degup jantung malah setiap hela nafas dan titik darah kita hanya milik Allah. Berapa lama pinjaman sementara ini? Hanya Allah yang mengetahui.

Maka jika itu kita yakini sepenuh hati, apabila kita kehilangan sesuatu, apakah kita akan bersedih hingga hilang punca dan gila? Tidak, kita tidak boleh bersedih kerana sesuatu yang bukan milik kita.

Duhai hati yang menangis,

Tenanglah. Bila terasa diri seperti sudah tak mampu bergerak dan tidak punya apa2. Jangan menyerah kalah atau hilang punca. Dunia ini belum berakhir,masih punya waktu untuk berjuang. Carilah Allah dalam hatimu. Apa Dia berada di tempat yang sepatutnya?

Duhai hati yang resah,

Jangan sesekali kau sandarkan kebahagiaan itu pada sesuatu yang sementara. Pada manusia yang akan mati, pada harta yang akan habis, atau pada dunia yang pasti akan berakhir. Kembalilah pada Allah. Pemilik dan pencipta yang kekal. Yang tetap ada walau kadang2 kita lupa. Yang tetap sayang pada hamba2Nya. Bersangka baiklah pada setiap apa yang terjadi kerana perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita.

(ii)

Kadang2 berdepan dengan kenyataan yang menakutkan dan menyakitkan.

Tapi sampai bila nak lari?

Resah?

Buang jauh2 sampai aku lupa wujudnya.




Current mode:*biarkan ia bebas.jangan ditunggu dan ditangisi apa yang bukan milik kamu.*

Tuesday, September 21, 2010

[ Kerana Hati Ini Cuma 1 ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


*****

Cinta jangan sembunyi

Mataku kabur mencari

Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi

Bila langkahku cuba untuk mengejar dirimu.

***

Aku tak tahu.

Sungguh.

Ada apa dengan rasa ini?

Sesak.

Lemas.

Macam bernafas dalam air.

Aku tak buat apa-apa pada kamu kan?

Jadi.

Boleh tolong aku?

Biar aku rasa macam dulu2.

***

Ya,Allah.

Kau berikanku segala-galanya,

Dan Kau mengujiku dengan cinta dunia.

Permudahkanlah.

Kerna ku mahu pulang pada-MU.

***


Current mode: *kita kawan kan? -->cukup hanya sekadar kawan.

Sunday, August 29, 2010

[ Cerita Hati Seorang 'Aku' ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Sungguh aku tidak sanggup untuk tahu mengapa ini terjadi.

Bukan kerana tidak mahu memahami.

Kerna ia bakal mengguris hati kecil ini.

Luka itu mungkin akan cepat sembuh.

Tapi parut yang tinggal akan selalu mengingatkan aku tentang itu.

Dan aku tidak mahu ada persepsi buruk pada sesiapa.

Berapa lama lagi harus aku menyaksikan semua ini.

Dari aku kecil menangis sambil memegang botol susu,

Menangis di atas tangga,

Menangis di balik pintu,

Sampai menangis dalam tidur.

Kerna termimpi-mimpi.

Aku tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Kerana kalian lebih tahu hati sendiri.

Tapi berilah peluang pada aku,dia dan dia untuk lebih selamat di sini.

Kerana itu yang sepatutnya.

Tolong jangan hancurkan harapan kami untuk melihat hari esok yang berwarna-warni dengan air mata itu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Bantu kami untuk mendekati-Mu.

Moga setiap titik air mata yang mengalir hanya kerana-MU.

*****

Pesan pada diri:

Bila realiti tidak selari dengan impian.

Jangan pernah berhenti untuk berharap.

Berdoa.

Berdoa.

Berdoa.

Teruskan berusaha untuk menjadikan setiap detik itu bermakna.

Mungkin terkadang aku sendiri tergelincir dari misi ini.

Kerana aku ini manusia biasa.

Ingatkan aku ya!

*****

Buat teman-temanku,

Terima kasih:

*tolong kejutkan sahur.

*tolong kejutkan subuh.

*tolong belikan makanan berbuka

*tolong bancuhkan air.

*tolong angkatkan baju di ampaian.

*tolong hantar/tumpangkan ke campus/ anywhere.

*tolong bantu aku untuk menjadi lebih baik.

*terima kasih kerana sabar melayan karenahku.

*…list ini akan menjadi infinity kerana kebaikan kalian itu terlalu banyak. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.Semoga Allah merahmati kalian selalu…*

******

Maafku pinta dari sesiapa yang singgah di sini samaada secara sengaja atau tidak sengaja. Maaf kerana mungkin telah mencuri waktu kalian pada setiap persinggahan kalian di sini.Laman ini adalah salah satu ‘Siri Merenung Diri’ dan perkongsian cerita hati seorang ‘Aku’. Mana yang baik jadikan teladan,mana yang buruk jadikan pengajaran.

Current mode: *berharap agar pelangi cantik hadir lagi selepas hujan ini*

Thursday, July 22, 2010

[ Nur Kasih ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi



(*bukan sekadar kata-kata*)


**********

Mungkin kamu bukan dia.

Kerana aku rasa kamu sudah punya cahaya sendiri.

Jalan dan cerita kita mungkin berbeza.

Destinasi dan matlamat kita sama.

Doaku masih seperti selalu.

Ya Allah,tetapkan hati-hati kami di jalan-MU.


Current mode:*aku melihat di balik awan*

Tuesday, May 18, 2010

[ Terbang Tinggi-Tinggi ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Sesiapa yang tidak pernah merasa susah,

Dia tidak akan pernah menghargai nikmat kesenangan dan keselesaan sekarang.

Tak salah mengajar diri,

Cuba untuk hidup sederhana.

Kerana bila saat berada di bawah,

atau jatuh terduduk di jalanan,

Kita sudah tahu bagaimana untuk bertindak dan mengawal keadaan.




******




Pesan pada kupu-kupu kecil itu:

Jangan pernah cuba untuk mengalah,

Bila rasa tidak kuat lagi untuk melawan angin.

Tetaplah terbang,

Walaupun hanya sejengkal dari tanah.


Current mode:*berpaut di balik awan*


Sunday, May 16, 2010

[ Sangat.Dekat ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Kerana aku masih belajar,


Sedang belajar,


dan semoga akan terus belajar.



Kerana aku masih mencari,


Sedang mencari,


dan semoga akan terus mencari.



*******


Mahu tahu sesuatu?


Bila hari kelam,


Ku buka diari sufi yang lama ditinggal sepi,


Coretkan sepotong dua kata tanpa irama,


Biarpun seringkas itu,


Aku tahu,


DIA lebih tahu segalanya.


Walau hanya hati berbisik,


Kerana DIA ada.


Kerana DIA dekat.


dan lebih dekat dari apa yang aku rasa.



[ " dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.." 50:16 ]




Current mode:*belajar + mencari = berjuang!*

Tuesday, April 6, 2010

[ C.I.N.T.A ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Aku Ingin Mencintai-Mu (Edcoustic)
(*bernyayilah dengan hati*)


Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa

Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali
Agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia
Untuk menghambakan-MU


Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMU


Aku ingin mencintaiMU setulusnya,


Sebenar-benar aku cinta


Dalam do`a

Dalam ucapan

Dalam setiap langkahku


Aku ingin mendekatiMU

selamanya


Sehina apapun diriku


Kuberharap untuk bertemu denganMU


ya Rabbi..


**********


Teringat zikir ini:


Cukuplah bagiku kemuliaan Allah,

Tiada dihatiku selain Allah,

Cahya yang terpuji di selawatkan Allah,

Tiada Tuhan selain Allah



**********


(*Ku tanyakan pada diri*)


Apa benar ruang hatiku hanya ada Allah? Tiada yang lain?


Apa benar setiap saat,detik dan helaan nafas ini ku mengingati-MU?



Ya Allah,
Sungguh aku ingin pulang kepangkuan-MU.

Sehina apapun diri ini,
Aku mohon agar tunjukkan aku cahaya petunjuk,

di saat aku lemas dalam kelam dosa.

Aku ingin mengejar cinta-MU.




Current mode:*berperang dengan perasaan sendiri--->ingat neraca yang kamu pilih!!*



Friday, April 2, 2010

[ Hanya DIA Yang Tahu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful







Kenapa mesti ada ‘rasa’ itu.


Aku mahu ia pergi.


Pergi jauh2.


Jangan balik sini lagi.


*****



Kenapa begini?


Usah ditanya.


Aku tak mahu kamu tahu.


Sakit?


Ya,kenyataan dan kebenaran kadangkala menyakitkan.



*****



Aku rindu Dia.


Aku mahu jumpa Dia.


Aku harap hanya Dia saja yang tahu.


Bukan kamu.kamu. atau kamu.


*****


Siang tadi aku jumpa 'cahaya' itu.


Tapi ia beransur hilang ditelan malam.


Apa hari ini aku akan jumpa lagi?


Jom cari sama-sama!


Moga bulan cukup terang malam ni.



*****


Current mode:*harap boleh hirup udara segar lagi*

Monday, February 22, 2010

[ Permudahkanlah Pemergianku ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Ku hitung jam. minit. saat dan detik,

dengan perasaan yang berbaur.

Semuanya bergaul menjadi satu.

Ya Allah,permudahkanlah pemergianku.

Tetapkanlah aku di jalan-Mu.

insan yang kerdil ini tiada daya tanpa-Mu.

*******


Semalam, aku mimpikan kamu.

Temanku yang hilang.

Kamu baik-baik saja kan.

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Sampai ketemu nanti.



"..Beruntunglah sesiapa yang menyucikan hatinya. Dan rugilah orang yang mengotorinya."

[Surah asy-Syams:9-10]



Current mode:*jauh di mata, dekat di hati*

Sunday, February 21, 2010

[ Izinkan Ku Sapa Hatimu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Petikan mutiara kata yang ku kutip di jalanan maya:
*kata-kata yang menghentikan langkah ku dan berhenti sejenak untuk berfikir*



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala,
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.



Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia,

daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya,

daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.



Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi,
daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.



"Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah,

daripada sang kelkatu yang menerjah api."

*****

Aku insan biasa.

Tidak selamanya kuat.

Adakalanya aku lemah.

Jatuh.

Terduduk.

Tatkala hati berlagu rindu pada-Nya.

Tolong bangunkan aku.

Tika terlenanya aku dalam sedar.




"..Dan janganlah kamu beribadah kepada selain Allah,iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat memberi mudarat kepada kamu."
[ Surah Yunus: 106]

Current mode:*Janji dengan ku. Ajarkan aku untuk mencintai Dia lebih daripada kamu*

Tuesday, February 9, 2010

[ Hidup Aku dan Kamu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Hidup ini ibarat berada di atas putaran roda.

Adakalanya di atas, tinggi mendongak.

Adakalanya di bawah, tertunduk membisu.



Hidup ini macam layang-layang menentang angin.

Bila kuat angin bertiup, tingginya melangit.

Bila angin berhenti, jatuhlah ia tersungkur menyembah bumi.




Sama macam IMAN.

(*bukan nama orang tapi IMAN di dalam HATI*)

Masa IMAN bertambah.

Terdetik di hati ingat nak mati.

Semua kerja buat bersungguh macam esok dah tak ada lagi.


Masa IMAN berkurang.

Mulalah bersuka-ria sampai tak ingat dunia.

Rasa macam hidup hanya nak bersenang-lenang.



Bingkisan doaku: "Ya,Allah. Permudahkanlah urusan kami dan tetapkanlah HATI-HATI kami di jalan-MU."



Note: Ini peringatan buat diri kerana aku juga manusia biasa yang tak sempurna.



Current mode:*terlukis wajahmu di awan itu :)*

Sunday, January 31, 2010

[ Makhluk Allah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





' macam tersenyum kan?'




'Okey,dah kenyang!'





A: Ish,dari mana datangnya? Mesti ada yang buang.


B: Biarkan di sini. Ia juga makhluk Allah kan.


A: Kenapa dengannya,ya? Pelik. Tak manja macam yang lain.


B: 'Phobia' mungkin?


A: Lucu ah. 'phobia' pada manusia?


B: Mungkin juga. 'Datang sini, aku takkan pukul kamu.'


A: Gila kamu. Bercakap dengan binatang. Apa ia faham bicara kamu?


B: Biarkan. Moga ia mengerti.


Current mode:*semakin hari semakin sayang*

Wednesday, January 27, 2010

[ Indahnya Taman Itu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





2 ekor merpati terbang beriringan dan tiba di sebuah persimpangan. Satu jalannya membawa ke sebuah taman yang cantik dan satu lagi menuju ke sebuah taman yang dipagari tembok tinggi.




Merpati 1: Sayangku, jalan yang mana harus kita pilih?



Merpati 2: Aku mahu jalan yang penghujungnya membawa kita kepada taman yang indah itu. Oh,alangkah bahagianya berada di sana!



Merpati 1: Tapi,sayangku. Bukankah taman itu indahnya bermusim. Musim bunganya pendek. Musim luruh dan kemaraunya sangat panjang.



Merpati 2:Ah,biarkan. Asalkan kita boleh bersenang-lenang di musim bunga ini. Jika kamu sayang padaku,buktikanlah!



Merpati 1:Bukankah telah dikhabarkan ramai yang akan menderita di sana bila musim bunga ini berakhir?



Merpati 2:Sayang,aku kan selalu ada bersama kamu. Pasti kamu tidak akan terasa saat yang berlalu. Mari terbang ke sana.



Merpati 1:Aku sayang kamu. Sungguh. Tapi,apa benar ini jalan yang kita pilih?



Merpati 2: Ya,ini jalan yang aku pilih. Sekarang terpulang pada kamu. Sertai aku atau aku tinggalkan kamu sendiri. *hatinya makin tertawan dengan keindahan bunga-bunga di taman itu*



Merpati 1:Oh,Tuhan. Perasaan ditinggalkan itu sakit dan aku sendiri tidak tahu sama ada aku sanggup menghadapinya atau tidak. Tapi,hati kecil ku seakan berat untuk membenarkan aku memilih jalan itu.



Merpati 2: Sayang, ikutlah aku. Aku janji akan sentiasa menyayangimu.



Merpati 1: Sayang? Jika benar sayang, pasti kamu tidak akan mengajak aku untuk menempah derita. Pasti kamu tidak akan merelakan aku menjadi bahan api di sana nanti. Sudahlah, kamu berhak menentukan pilihanmu kerana aku sudah memilih jalan ku sendiri.



Merpati 2: Baik. Terpulang pada kamu. Selamat tinggal.



Merpati 1: Ya,Allah. Berikan aku secebis kekuatan untuk menjalani hidup ini kerana telah ku pilih jalan-Mu.



*deraian air matanya berguguran. Sedih melihat temannya pergi. Sedih mengingatkan debu-debu dosa yang melekat padanya. Bayu bertiup membawa haruman taman di hujung jalan pilihannya. Haruman yang lebih wangi dari taman pertama kerana musim bunganya sepanjang masa.*



Merpati 1: Ya,Allah. Aku yakin dengan pilihanku dan aku tidak sendirian.



*makin jelas kelihatan pintu gerbang indah berukir Al-Jannah dan dia menoleh ke belakang melihat taman Jahannam yang semakin jauh ditinggalkan*





Current mode:* terbang tinggi-tinggi :) *