CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 13, 2009

[ Ku Bawa Lari Sekeping Hati ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salahkah aku jika tidak mahu mengikut,menyertai atau menjadi sebahagian daripada kamu?


Salahkah aku jika aku punya pendirian,cara malah kemahuan sendiri yang berbeza dari kamu?


Salahkah aku jika aku mahu menjadi diri sendiri?


Kata kamu:

Aku rugi.Menutup ruang ukhwah.Menghalang individu lain mengenal dan menghubungi diri malah ketinggalan dengan isu semasa.

Kamu mungkin melihatnya dari sudut berbeza.Ya,terpulang.Itu cara kamu.


Tapi ini kataku:

*usah salah tafsir.ini pesanan dan teguran buat diri sendiri*

Aku mahu menjaga diri selagi terdaya.Dari segi Jasmani mahupun Ruhani.Lahiriah dan Ruhiah.

Aku ini insan yang tidak sempurna.

Sudah terlalu banyak lumpur dosa yang terpalit pada diri selama aku hidup.

Antara sedar atau tidak adakalanya aku pasti tergelincir lalu tercemarlah lagi dengan debu-debu dosa.

Apa mungkin aku berani untuk menambahnya?

Cukuplah.

Aku tidak mahu terus diburu penyakit atau virus hati.

Aku tidak mahu terus melalaikan diri.

Aku tidak mahu bermain api kerana aku tahu diri ini belum kuat untuk menahan bahangnya.

Ingin aku tegaskan.

Bukan aku menutup ruang ukhwah.

Insya-Allah.Dengan izin dan rahmatNya.

Aku pasti kita akan dipertemukan andainya niat kita ikhlas saling mengenali dan berkasih-sayang semata-mata kerana Allah.

Walau kita jauh dipisahkan lautan yang dalam ataupun beberapa benua sekalipun.

Pertemuan,perpisahan,ajal dan maut adalah rahsia Allah.


Petikan dialog dalam filem Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy:


Nabi Yusuf A.S berdoa:

‘Ya Allah,jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar maka aku lebih memilih untuk tinggal di penjara tapi lebih dekat dekatMu daripada aku hidup bersama manusia pendusta’

Duhai hati,Allah berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas.


Ya. Di dunia kecil ini aku bahagia.


.:.Ya Allah,kuatkanlah aku untuk terus melangkah di jalanMu.:.

Current mode:*berdiri depan cermin dan tanyakan pada diri..itu Aku?Ya,aku bukan kamu kerana aku adalah Aku*


.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

3 Bisik-bisik Buzz:

Anonymous said...

Salam.

Jangan dibawa jauh.Susah nak dicari nanti.

Jika mahu dibawa lari,bawalah lari dekat kepada Nya.pergi kepada Nya dengan berlari,Dia akan berlari juga kepada kita.

Jika dibuang,kita melancong percuma
Jika ditahan,kita berehat sebentar.
Jika terbunuh,barangkali shahid bertemu Dia..

Mungkin itu harga yang perlu dibayar untuk apa yang dibawakan.Segala yang kita lakukan tak pernah percuma.Ada harga yang perlu dibayar.Tetapi sebaik pembayaran dari "jual beli" ini adalah redha Allah..

Blog menarik terjumpa.Cuma menyinggah.

Salam.

.:DeXmA:. said...

salam~
just wanna share with u this hadith:
"Islam itu datang dalam keadaan asing, dan pergi dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang yang asing"
so,dare to be different my friend..

p/s~correct me if i'm wrong

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

Salam Muhasabah,

~Anonymous: Jazakallah.Semoga Allah merahmatimu.

Tapi tidak salahkan membawa lari sekeping hati untuk mencari damai yang diimpi.

Ya,setiap benda yang bernilai pasti mahal harga yang perlu dibayar.

Setiap pengorbanan dalam perjuanganlah di jalanNya adalah mahar kita menuju syurga.

~DeX:Thanks dear.

Daripada Abu Hurairah R.a katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Islam awalnya asing, dan kelak akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah bagi al-Ghuraba`(Orang-orang yang asing)

Moga kamu juga sentiasa tabah menjalani hidup di sana.