CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 26, 2011

[ Bila Semua Rasa Bersatu Menjadi Satu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






Terlalu banyak rasa dan kata2 yang tersimpan dalam diri. Mari susun satu2. Biar senang diurus nanti.


(i)

[ Masa ]

Kadang-kadang terasa terlalu pantas ia pergi.

Kadang-kadang terasa terlalu perlahan ia berlalu.

Dan aku,

Kadang-kadang berlari,

Kadang-kadang kaku berdiri.


(ii)

[ Sayang ]

Di kelilingi rasa sayang yang terlalu mahal harganya.

Yang takkan mampu dibeli,

Apatah lagi untuk ditukar ganti.

Syukur.

Kerana Allah titipkan rasa sayang ini di hati2 kita.

Ya Allah,

Tetapkanlah hati2 kami di jalan-Mu.


(iii)

[ Hati ]

Masih dalam proses untuk kembalikan hati ini kepada pemilik dan penciptanya.

Dan proses ini diharapkan agar berterusan sampai ke hujung nyawa.

Pesan pada diri:

‘Jagalah hubungan kamu dengan Allah,

maka Allah akan menjaga hubungan kamu dengan manusia.’


(iv)

[ ‘Hujan’ ]

Alhamdulillah.

Pesan Adeq pada Along suatu ketika dulu:

Hujan itu rahmat.

Sama juga ‘hujan’ dalam hati.

Jika kita ambil hujan sebagai bencana, kita resah.

Jika kita ambil hujan sebagai nikmat, kita lega.

Pesan pada Adeq:

Jom berjuang sama2!

Yang penting usaha,

Jangan menyerah!


(v)

[ Kamu ]

Jalan dan dunia kita mungkin berbeza,

Tapi matlamat kita tetap sama.

Doa.

Hanya itu penghubung kita

Walau tanpa kata2.


YangBerkongsiRasa,

Wardah.


Current mode: *terus menapak.selangkah demi selangkah.*


2 Bisik-bisik Buzz:

quietsoul said...

adeq like this post XD

p/s: kalau 'hujan', kita men hujan sama2 ;) . life's too short to be so sad

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~Adeq: Betul2.Nikmat. :)