CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 15, 2011

[ Bila Berbicara Tentang Cinta ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan;
walaupun mereka telah dikecewakan.

Cinta datang kepada mereka yang masih percaya;
walaupun mereka telah dikhianati.

Cinta datang kepada mereka yang masih mencintai;
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.


(ii)

“Hidup ini adalah perjalanan. Dan di tengah perjalanan itu, kita akan melalui satu kawasan berkabus yang mempunyai selekoh tajam. Kabus itu bernama Cinta. Yang tidak menyusun langkahannya dengan baik, akan melanggar penghadang selekoh, dan jatuh ke dalam gaung yang mencelakakan."-Hilal Ashraf

“Cinta ini kabus. Kabus tebal hingga kita tak nampak jalan. Melainkan kita jelas apa yang kita hendak capai. Kalau sampai kita rasa Allah tak adil, kita rasa kecewa yang melampau hingga hati kita terganggu, kita rasa tidak gembira, hingga ibadah pun terganggu, hingga hendak gembira dengan kegembiraan sahabat pun sukar, itu namanya kita sudah mula hendak melanggar selekoh penghadang itu."-Hilal Ashraf

(iii)

Cinta menurutku;

Ia menyembuhkan semua penyakit jiwa,

dan mendekatkan kita dengan pencipta.

Mencintai tak semestinya hanya bila dicintai.

Mencintai tak semestinya memiliki.

Duhai hati,
aku harap kamu mengerti.


Ya Allah,jika benar ini cinta.
jagalah cintaku agar terus menguatkan aku untuk mencari cinta-Mu.




Current mode:*mencari insan yang sudi bercinta sampai syurga dan bukan menempah tiket ke neraka.

5 Bisik-bisik Buzz:

Anonymous said...

nice one long :)

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~thanks!*cinta di hati ini masih perlu ditarbiyah.* :')

nurnuha said...

sangat suka..terima kasih utk kata-kata perangsang itu.cukup,lengkap dan memenuhi hati saya.:D

A'ishah Kamaludin said...

like jgk.. peringatan bg diriku yg lupa. biar cinta bawa ke syurga. hatta cinta yg halal sekalipun, jgn melampaui cinta pada pencipta

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~Sis Nuha: Thanks. Sekadar berkongsi rasa di hati.

~Sis A'ishah:Btol2.Cinta manusia hanya alat untuk mencapai matlamat utama; Cinta Allah. :')