CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 14, 2012

[ 2# Bila Perempuan Baik itu Jatuh Cinta. ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Angin petang membuai lembut seiring deru air mengalir di kolam kecil. Aku masih lagi bersama si perempuan manis, melihat anak2 ikan berkejaran yang seakan tak pernah penat berenang dan kami masih berkongsi cerita.

“ Awak, seronok kan kalau ada seseorang yang sayang pada kita? Mesti rasa berbunga-bunga.” Aku mula berangan mengarang cerita ibarat penulis skrip drama.

Dan si perempuan manis itu masih tak lekang dengan senyumannya dan berkata:

“ Hmm,mestilah. Setiap manusia fitrahnya ingin disayangi dan menyayangi. Cinta itu juga fitrahnya suci kerana ia kurniaan Ilahi, cuma bila bersalut nafsu ia terfitnah menjadi keji. Jadi, harus berhati-hati.

Cinta oh cinta. Bila berbicara soal cinta, 7 hari 7 malam pun belum akan habis kisahnya sedang aku masih tercari-cari erti sebenar sebuah cinta.

“ Apa definisi cinta bagi awak?” Sungguh2 aku bertanya pada si perempuan manis itu. Berharap agar diri memahami erti cinta yang dicari.

“ Bagi saya, cinta yang sebenar itu tidak melukakan, tapi menyembuhkan. Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan pencipta, bukan menempah tiket ke neraka. Itu definisi cinta bagi saya.” Si perempuan manis menyempurnakan kata-katanya dengan senyuman yang sangat bermakna.

Suasana sepi seketika, hanya bunyi air mengalir kedengaran. Satu persatu kata-kata si perempuan manis masuk ke dalam hatiku. Masuk. Simpan. Kunci.

“Terima kasih!” Ucapku dengan mata yang terasa pedih tiba-tiba. Bukan kerana habuk masuk ke mata tapi cinta yang masuk ke hati.

“Untuk apa? Saya kan cuma berkongsi rasa.” Kata perempuan manis itu sambil tersenyum seperti biasa.

“Untuk definisi cinta yang manis dan sederhana seperti orangnya.” Dan kali ini giliran aku tersenyum bermakna.

Deru angin lembut seperti selalu. Masih menyampaikan pesan agaknya. Pesan dari sang hujankah? Atau pesan dari pencinta untuk yang dicintainya.

{ Teratak Impian. 0115a.m waktu Malaysia. 13 March 2012 }

2 Bisik-bisik Buzz:

Cik Wani said...

entri sangat bermakna :)

terima kasih sahabat :)

keep it up!

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

:)