بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
2 ekor merpati terbang beriringan dan tiba di sebuah persimpangan. Satu jalannya membawa ke sebuah taman yang cantik dan satu lagi menuju ke sebuah taman yang dipagari tembok tinggi.
Merpati 1: Sayangku, jalan yang mana harus kita pilih?
Merpati 2: Aku mahu jalan yang penghujungnya membawa kita kepada taman yang indah itu. Oh,alangkah bahagianya berada di sana!
Merpati 1: Tapi,sayangku. Bukankah taman itu indahnya bermusim. Musim bunganya pendek. Musim luruh dan kemaraunya sangat panjang.
Merpati 2:Ah,biarkan. Asalkan kita boleh bersenang-lenang di musim bunga ini. Jika kamu sayang padaku,buktikanlah!
Merpati 1:Bukankah telah dikhabarkan ramai yang akan menderita di sana bila musim bunga ini berakhir?
Merpati 2:Sayang,aku kan selalu ada bersama kamu. Pasti kamu tidak akan terasa saat yang berlalu. Mari terbang ke sana.
Merpati 1:Aku sayang kamu. Sungguh. Tapi,apa benar ini jalan yang kita pilih?
Merpati 2: Ya,ini jalan yang aku pilih. Sekarang terpulang pada kamu. Sertai aku atau aku tinggalkan kamu sendiri. *hatinya makin tertawan dengan keindahan bunga-bunga di taman itu*
Merpati 1:Oh,Tuhan. Perasaan ditinggalkan itu sakit dan aku sendiri tidak tahu sama ada aku sanggup menghadapinya atau tidak. Tapi,hati kecil ku seakan berat untuk membenarkan aku memilih jalan itu.
Merpati 2: Sayang, ikutlah aku. Aku janji akan sentiasa menyayangimu.
Merpati 1: Sayang? Jika benar sayang, pasti kamu tidak akan mengajak aku untuk menempah derita. Pasti kamu tidak akan merelakan aku menjadi bahan api di sana nanti. Sudahlah, kamu berhak menentukan pilihanmu kerana aku sudah memilih jalan ku sendiri.
Merpati 2: Baik. Terpulang pada kamu. Selamat tinggal.
Merpati 1: Ya,Allah. Berikan aku secebis kekuatan untuk menjalani hidup ini kerana telah ku pilih jalan-Mu.
*deraian air matanya berguguran. Sedih melihat temannya pergi. Sedih mengingatkan debu-debu dosa yang melekat padanya. Bayu bertiup membawa haruman taman di hujung jalan pilihannya. Haruman yang lebih wangi dari taman pertama kerana musim bunganya sepanjang masa.*
Merpati 1: Ya,Allah. Aku yakin dengan pilihanku dan aku tidak sendirian.
*makin jelas kelihatan pintu gerbang indah berukir Al-Jannah dan dia menoleh ke belakang melihat taman Jahannam yang semakin jauh ditinggalkan*
Current mode:* terbang tinggi-tinggi :) *
0 Bisik-bisik Buzz:
Post a Comment