CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Tuesday, August 23, 2011

[ Cinta, Jika Itu Kamu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





(i)

Cinta,

Menjauh bukan bererti membenci,

Tapi menjaga diri.


Cinta,

Menyepi bukan bererti menghilang,

Kerna aku masih di sini.


Cinta,

Perjuangan menjaga hati ini bukan sesuatu yang mudah,

Kerna aku mengharap cinta yang mendekatkan aku dengan pencipta.

Cinta yang dapat membawa aku ke syurga-Nya.


Terima kasih cinta,

Kerna dengan hadirmu,

Aku belajar erti cinta yang sebenarnya.

Sedang belajar dan akan terus belajar.


Cinta,

Ku coretkan nota hati ini dengan linangan air mata dan hati yang rindukan penciptanya.

Andainya aku pergi dulu,

Semoga bertemu nanti di alam sana.


YangMasihBelajarErtiCinta,

Wardah.

-23 Ramadhan 1432 Hijrah-

-Bumi ‘asing’.-


(ii)

Ya Allah,

Jagalah cinta di hatiku,

agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.



Current mode:*cinta,semoga nota hati ini sampai padamu walau di mana pun kamu berada kerana aku sendiri tidak tahu di mana kamu. :’) *

Wednesday, June 30, 2010

[ Bukan Untuk Dijual ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful








Mencari kekuatan.


Membina keyakinan.



*****


Mutiara dalam bekas kaca.


Cantik kan?


Oops.


Baca sign board tue.


'Bukan Untuk Dijual.'


Boleh tengok.


Tak boleh sentuh.


Yups.


Bukan barang dagangan.


Tapi amanah.


Ada berani?


Tepuk dada.


Tanya iman sendiri.





Current mode:*jom jalan-jalan cari cerita*

Sunday, February 21, 2010

[ Izinkan Ku Sapa Hatimu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Petikan mutiara kata yang ku kutip di jalanan maya:
*kata-kata yang menghentikan langkah ku dan berhenti sejenak untuk berfikir*



Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala,
daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.



Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN dengan selesa dan bahagia,

daripada hidup berdua dan merasakan diri masih menggoda untuk semua.


Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya,

daripada dikelilingi lelaki tetapi telah hilang maruah diri.



Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi,
daripada cepat jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.



"Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yang terang dan indah,

daripada sang kelkatu yang menerjah api."

*****

Aku insan biasa.

Tidak selamanya kuat.

Adakalanya aku lemah.

Jatuh.

Terduduk.

Tatkala hati berlagu rindu pada-Nya.

Tolong bangunkan aku.

Tika terlenanya aku dalam sedar.




"..Dan janganlah kamu beribadah kepada selain Allah,iaitu kepada sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat memberi mudarat kepada kamu."
[ Surah Yunus: 106]

Current mode:*Janji dengan ku. Ajarkan aku untuk mencintai Dia lebih daripada kamu*

Wednesday, January 27, 2010

[ Indahnya Taman Itu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





2 ekor merpati terbang beriringan dan tiba di sebuah persimpangan. Satu jalannya membawa ke sebuah taman yang cantik dan satu lagi menuju ke sebuah taman yang dipagari tembok tinggi.




Merpati 1: Sayangku, jalan yang mana harus kita pilih?



Merpati 2: Aku mahu jalan yang penghujungnya membawa kita kepada taman yang indah itu. Oh,alangkah bahagianya berada di sana!



Merpati 1: Tapi,sayangku. Bukankah taman itu indahnya bermusim. Musim bunganya pendek. Musim luruh dan kemaraunya sangat panjang.



Merpati 2:Ah,biarkan. Asalkan kita boleh bersenang-lenang di musim bunga ini. Jika kamu sayang padaku,buktikanlah!



Merpati 1:Bukankah telah dikhabarkan ramai yang akan menderita di sana bila musim bunga ini berakhir?



Merpati 2:Sayang,aku kan selalu ada bersama kamu. Pasti kamu tidak akan terasa saat yang berlalu. Mari terbang ke sana.



Merpati 1:Aku sayang kamu. Sungguh. Tapi,apa benar ini jalan yang kita pilih?



Merpati 2: Ya,ini jalan yang aku pilih. Sekarang terpulang pada kamu. Sertai aku atau aku tinggalkan kamu sendiri. *hatinya makin tertawan dengan keindahan bunga-bunga di taman itu*



Merpati 1:Oh,Tuhan. Perasaan ditinggalkan itu sakit dan aku sendiri tidak tahu sama ada aku sanggup menghadapinya atau tidak. Tapi,hati kecil ku seakan berat untuk membenarkan aku memilih jalan itu.



Merpati 2: Sayang, ikutlah aku. Aku janji akan sentiasa menyayangimu.



Merpati 1: Sayang? Jika benar sayang, pasti kamu tidak akan mengajak aku untuk menempah derita. Pasti kamu tidak akan merelakan aku menjadi bahan api di sana nanti. Sudahlah, kamu berhak menentukan pilihanmu kerana aku sudah memilih jalan ku sendiri.



Merpati 2: Baik. Terpulang pada kamu. Selamat tinggal.



Merpati 1: Ya,Allah. Berikan aku secebis kekuatan untuk menjalani hidup ini kerana telah ku pilih jalan-Mu.



*deraian air matanya berguguran. Sedih melihat temannya pergi. Sedih mengingatkan debu-debu dosa yang melekat padanya. Bayu bertiup membawa haruman taman di hujung jalan pilihannya. Haruman yang lebih wangi dari taman pertama kerana musim bunganya sepanjang masa.*



Merpati 1: Ya,Allah. Aku yakin dengan pilihanku dan aku tidak sendirian.



*makin jelas kelihatan pintu gerbang indah berukir Al-Jannah dan dia menoleh ke belakang melihat taman Jahannam yang semakin jauh ditinggalkan*





Current mode:* terbang tinggi-tinggi :) *

Sunday, July 19, 2009

[ Permata Indah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Tempat: Masjid **-****
Masa: Sekitar waktu Maghrib
Pemerhati dari jauh: Aku dan Seorang Teman
Subjek pemerhatian: Seorang Wanita Berhijab Putih


Setelah sampai di perkarangan rumahNya. Kami diam sebentar di dalam kereta. Tiba-tiba lalu seorang wanita berhijab putih yang menutupi seluruh tubuhnya. Aku memandang wanita itu hingga dia masuk ke dalam masjid. *tersenyum sendiri*


................................................................................................
Bicara aku dan Seorang teman:



Aku: Hmm,suka tengok orang pakai macam tue. Mesti dia rasa selamat.

Teman: Kenapa Wardah tak pakai macam tue?

Aku: Teringin.. tapi..*diam*


Teman: Tapi apa? Kan bagus pakai macam tue.

Aku: Betul. Cuma diri ini tidak selalu ‘menjaga’ malah ilmu yang ada di dada masih cetek benar. Tidak terhitung noda dan dosa agaknya. Selalu saja terleka dengan dunia. *hatiku berlagu sayu:terasa diri ini lemah,hina bersalut dosa malah terlalu kerdil di hadapanNya*

Teman: Tapi selagi kita mencuba untuk berubah tak salah kan.

Aku: Betul. Insya-Allah satu hari nanti.Semoga di permudahkan. Kita sama-sama berjuang ya.
*tersenyum*


Seruan azan telah kedengaran dan bicara kami berhenti di situ.

.................................................................................................

.:.Ya Allah,berikan kami kekuatan untuk berjuang merasai kemanisan iman dan dekat denganMu.:.

Hatiku berbisik:
Dia permata indah tapi aku butir pasir tiada warna,
Dia ibarat cahaya tapi aku kelam bernoda,
Dia bagai haruman tapi aku sekadar perhiasan biasa,
Andai dia bidadari berwajah manusia, sungguh aku ingin menjadi sepertinya.


Current mood: Rindu lagi saat itu…

Tuesday, July 7, 2009

[Anak Itik Yang Hodoh]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Pada suatu masa dahulu,tinggallah keluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang menanti telur-telurnya menetas. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur-telur itu menetas dan keluarlah anak-anak itik yang comel. Ada 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa manakala seekor anak itik itu agak ganjil. Anak-anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka memanggil anak itik yang ganjil itu ‘Itik yang Hodoh’. Mereka selalu mengejek dan tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.


Masa berlalu,anak itik yang hodoh itu telah membesar dengan sempurna. Pada suatu hari, itik yang hodoh itu terjumpa sebuah tasik. Ada sebuah keluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Itik yang hodoh teringin untuk bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinya yang hodoh dan berasa tidak layak untuk mendampingi mereka. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa-angsa itu menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan dirinya. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu lalu dia pun melihat ke dalam air. Betapa terkejutnya itik yang hodoh itu apabila melihat dirinya yang sama seperti mereka. Dia berasa sangat gembira dan menari-nari keriangan. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya dirinya bukanlah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.




Note for Wardah: Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama.



"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).





Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.



Tapi harus ingat:



“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”