CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 12, 2011

[ Kembali PadaNya ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Saat rindu itu hadir,

Tahajjud cinta menjemputku di awal pagi.

Saat rindu itu kembali menjengah,

Dhuha menyapaku.

Saat rindu itu berbisik lagi,

Panggilan2 CintaNya mendahului.

Saat rindu itu cuba berbicara denganku,

Ayat2 cintaNya mula berlagu.

Saat rindu itu cuba membawa aku terbang tinggi,

Janji2 Allah mengingatkan aku untuk terus berpijak di bumi.

Saat rindu itu cuba mengintai di balik awan

Ada hijab yang terlalu utuh untuk ditembusi

Bila hati berkata: Rasa itu fitrah.Serahkan saja pada Allah.Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.Doa2.Walau tanpa kata2. Itu cukup untuk menjadi penghubung antara kamu dan dia.Cinta yang sebenar itu tidak melukakan tapi menyembuhkan.Cinta yang sebenar itu akan mendekatkan kita dengan pencipta bukan menempah tiket ke neraka.


*Rindu tersipu malu dan berlalu pergi.*


***

Duhai hati,ingatlah.

Sungguh,Allah mengetahui yang ghaib (tersembunyi) di langit dan di bumi. Sungguh, Dia Maha Mengetahui segala isi hati. Surah Fatir (35) : 38

Allah Pencipta segala sesuatu dan Dia Maha Pemelihara atas segala sesuatu. Surah Az-Zumar (39):62



Current mode:*bercinta sampai syurga,bukan suka2!*

3 Bisik-bisik Buzz:

Anonymous said...

nice =)

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~Tq! =P

.:. Kupu-kupu Kecil .:. said...

~jika cinta itu kamu,aku harap ini kata2 kamu:

'Aku meminangmu kerana agamamu.'

dan ini jawabku,

'Aku terima pinanganmu kerana agamamu.'