Tempat: Perhentian Bas **
Masa: 3.15 p.m
Pemerhati dari jauh: Aku
Subjek pemerhatian: Sepasang suami isteri yang telah berusia dan sepasang anak remaja.
Subjek 1: Sepasang suami isteri yang buta.
Sementara menunggu bas bergerak untuk aku pulang ke rumah setelah keluar berjemur di bawah sinaran matahari (membeli buku untuk menambah koleksi library kecil di kamarku lah).Tiba-tiba ada sebuah teksi yang berhenti tidak berapa jauh dari tempat aku berdiri. Kemudian keluarlah sepasang suami isteri dengan tongkat di tangan mereka. Aku lihat hanya si suami meluruskan tongkatnya yang boleh dilipat itu manakala si isteri memaut lengan si suami. Berjalanlah sepasang suami isteri itu di celah bas-bas yang berehat sebentar sementara menunggu waktu untuk berkerja semula. Aku memerhatikan mereka hingga kelibatnya hilang di balik deretan kedai yang ada.
Aku yang bermonolog sendirian: Nampak sengsara tak semestinya deritakan.Hm,yakin sungguh si isteri dengan suaminya. Dia percaya pada si suami untuk menuntunnya ke destinasi yang diharapkan. Sedangkan masing-masing tidak dapat melihat jalan yang bakal di lalui. Si suami juga nampak berani dengan setiap langkahnya. Mungkin dia sudah biasa dengan tempat ini atau dia tahu betapa tingginya harapan si isteri untuk selamat sampai di tempat yang di tuju.Cinta yang tidak menilai rupa dan saling melengkapi.Indah!
Subjek 2: Sepasang anak remaja sempurna sifat.
Aku melihat ke arah gerai yang tersusun di tepi jalan dan terpandang sepasang remaja yang sama cantik sama padan. Si gadis manis sekali dengan baju kurung berwarna pink ala trend terkini manakala si jejaka nampak segak (untuk remaja bawah 20 tahun) dengan pakaian casualnya yang serba hitam. Kebetulan bas yang mereka tunggu mula memanaskan enjinnya, maka berlalulah mereka berasak untuk masuk ke dalam perut bas itu.Tiba-tiba aku terpandang jari si gadis laju menyentuh lengan si jejaka yang tanpa alas.Kemudian,kelibat mereka juga hilang ke dalam bas.
Aku yang bermonolog sendirian: Erk,muhrimkah?Owh,mungkin adik beradik atau saudara.Tapi dari gayanya tadi nampak lebih kepada teman tapi mesra.hm,mungkin aku yang salah pandang.Tak baik buruk sangka.Walau apa pun,andai betullah apa yang mataku saksikan tadi.Kita masih muda adikku dan masih panjang perjalanan ini. Yakinkah kamu si dia itu berani dalam setiap langkahnya menuntun kamu untuk ke setiap tempat yang di tuju seperti pasangan yang buta tadi? Menerima baik buruk kamu seadanya dan saling melengkapi?Satu soalan cepu emas yang ku ajukan pada kamu dan diri aku sendiri, yakinkah kamu akan bercinta sampai ke syurga?Tepuk dada,tanyalah IMAN.
Note for Wardah: Kembaralah dan belajar walaupun hanya melalui pemerhatian.
Pesanan Rasulullah S.A.W:
“Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan menjadi orang yang kamu cintai”
Current mood: Tersenyum membelek buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul karya Fatimah Syarha Mohd. Nordin.