CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Damai. Show all posts
Showing posts with label Damai. Show all posts

Friday, August 28, 2009

[ Secangkir Tulus ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Tempat: Rumah seorang teman
Masa: 2.00 a.m

Jam di laptop menunjukkan pukul 2 pagi. Aku masih menerawang di alam maya. Mengumpul cebisan semangat untuk bekalan di hari-hari mendatang sambil mengusir rasa mengantuk yang mula bertandang.


‘Housemate’ temanku keluar dari biliknya.Panaskan air.Kemudian dia menghampiri aku dan berbisik kerana temanku sedang tidur di kerusi panjang.


‘My music is too loud?’
‘Hm,no.. It’s ok’


Dia berlalu masuk dan dalam biliknya dan keluar kembali setelah beberapa minit sementara aku masih tidak berjaya mengusir rasa mengantuk malah mataku hampir saja terpejam.Tiba-tiba sebuah mug berwarna putih berisi hot chocolate cereal diletakkan di tepiku. Aku kehairanan dan spontan bertanya.


‘ Eh, why?’
‘It’s for you’ *sambil tersenyum dia berlalu kembali ke biliknya*
‘Owh,thank you.’ *terharu dan di dalam hati berkata: Baiknya tapi tak selalu cakap dengan dia pun.Hu~*



Pesanan buat sekeping hati:


"Sesungguhnya Allah menyuruhku untuk menyambung tali silaturrahim dengan orang yang memutuskan silaturrahim denganku,mengampuni orang yang berlaku zalim terhadapku dan memberi kepada orang yang tidak pernah memberi kepadaku."

Current mood: Alhamdulillah.Syukur.*damai*


.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Sunday, August 9, 2009

[ Putaran Roda Kehidupan ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Hidup ini ibarat roda. Kadangkala di atas dan adakalanya di bawah. Ujian terus mendatang dan arus kehidupan semakin laju. Dan saat ini hatiku berlagu sayu. Usah ditanya sebabnya kerana aku sendiri sukar untuk menyusun kata.

Duhai hati yang masih berbisik,

Berbicaralah denganku selalu. Kuatkan semangatku saat hampir tewas dengan tarikan medan negative itu. Usah difikirkan pada yang memandang kerana pandangan Allah lebih utama. Betulkan niatmu.

Aku perlu kamu hatiku.Aku rindu kamu menyanyikan lagu cintaNya dan untuk itu aku mohon kembalilah pada penciptamu.Hilangkan kabus kelam yang menyelimuti ruangan itu. Serikanlah dengan cahaya cintaNya.

Aku mohon hatiku.Lagukanlah ayat-ayat cintaNya:

“..Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan syaitan yang bersembunyi. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.”
Surah an-Nas(114):1-5


.:.Ya Allah,berikanlah aku kekuatan untuk terus berada di jalanMu.:.

Current mood:*mengejar pelangi *

.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.



Wednesday, August 5, 2009

[ Ku khabarkan di angin lalu]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Sejujurnya ku katakan. Terkadang ia pasti datang menjengah.Namun aku cuba juga mengusirnya untuk pergi jauh.Pergi dan jangan datang lagi! Aku mohon.

Ku katakan pada angin lalu..
Dengarlah hatiku berlagu..
Aku mohon pada kamu..
Tolong jangan tarik aku jauh dari jalan ini..
Kamu tahu..
Bukan mudah untuk ku temui jalan ini..
Setelah terjatuh dan bangun kembali..
Setelah terluka dan pedih di hati..
Dan kini ku temui..
Damainya di jalan ini..
Cara kita mungkin berbeza..
Tapi selagi aku masih berada di jalan ini..
Usah diragui..
Aku yakin masih mampu berdiri..



Pesanan buat hati: Usah takut melawan arus.Kuatkan semangat!Sedarlah,hidup ini hanya pinjaman.Yang dicinta kan pergi.Yang didamba kan hilang.Hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan.

Dari tinta di taman syurga:
Beramallah menurut keimanan masing-masing. Jika tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya. Lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal sebanyak yang boleh dan bertaubatlah kepada Allah dengan segala kesungguhan untuk bekal di akhirat kerana ‘YANG PERGI TIDAK AKAN PULANG KEMBALI’.

Current mood: Aku rindu sejuknya siraman ketenangan.Aku rindu bisik yang menyentuh hati. ‘Hujan’, aku rindu kamu dan saat itu.




.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Sunday, June 28, 2009

[ Indahnya Alam ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Melihat burung yang terbang,
Aku tersenyum.
Bahagia..
Bukan burung itu yang membuatkan aku tersenyum,
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Kuasa.

Melihat bunga yang mekar,
Aku tersenyum.
Indah..
Bukan bunga itu yang membuatkan aku tersenyum,
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Bijaksana.

Melihat laut yang luas,
Aku tersenyum.
Tenang..
Bukan laut itu yang membuatkan aku tersenyum,
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Besar.

Melihat rembulan yang cerah,
Aku tersenyum.
Damai..
Bukan rembulan itu yang membuatkan aku tersenyum,
Hanya Dia.
Allah Yang Maha Esa.

Melihat alam ini,
Aku tersenyum dan tersenyum lagi,
Segala puji hanya untukMu.
Pencipta segala sesuatu.

Note for Hatiku: Duhai hati, Allah selalu mendengar kamu berbicara. Teruslah bersuara agar aku juga mengerti cerita alam ini.

Current Mood:*tersenyum dan moga tersenyum lagi*