CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Peringatan. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

[ Mutiara Ini Perlu Dikongsi Bersama ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


(i)

Sembilu lalu yang masih tersisa dalam luka ini,
Tertanam makin dalam.

Harus bagaimana aku singkirkan?

*aku pinjam kata2 ini dari sini*


(ii)

Setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Penah kena simptom2 ni?

1.Makan x kenyang.
(mungkin lupa baca doa)

2. Mandi xbasah.
(dah bayar bil air belum? )

3.Tidur x lena.
(dah ambik wudu' dan baca doa?)

Kalau semua dah buat tapi penyakit masih juga berlarutan.

Jom rawat diri kita dengan ayat2 ni:

1.Surah Ibrahim 14 : 27
'Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki.'

2.Surah Al-Isra' 17: 74-75
'Dan sekiranya Kami tidak memperteguh (hati)mu,nescaya engkau hampir saja condong sedikit kepada mereka,

jika demikian, tentu Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan berlipat kali ganda setelah mati, dan engkau (Muhammad) tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.'

3.Surah Al-Anfal 8: 45
'Wahai orang-orang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung.


*aku budak baru belajar.sebarang pertanyaan 'Tanyalah Ustaz' di sini*


(iii)

Pesan buat Kamu.
Ya, kamu.
Kamu tahu aku setia menunggu.
Jangan pernah ragu,
namun jika kau ragu,
aku tidak pernah menyalahkan kamu.
Aku manusia.
Kamu juga manusia.
Tiada yang sempurna.
Yang sempurna hanya DIA.
DOA.
Hanya itu penghubung kita dan memungkinkan semua pengharapan jadi nyata.

*aku jumpa kata2 ini di sini.sama macam apa dalam hati*



Current mode: *duhai hati,berpegang teguhlah pada janji-janjiNYA kerana setiap satu itu pasti terjadi.*

Tuesday, February 9, 2010

[ Hidup Aku dan Kamu ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Hidup ini ibarat berada di atas putaran roda.

Adakalanya di atas, tinggi mendongak.

Adakalanya di bawah, tertunduk membisu.



Hidup ini macam layang-layang menentang angin.

Bila kuat angin bertiup, tingginya melangit.

Bila angin berhenti, jatuhlah ia tersungkur menyembah bumi.




Sama macam IMAN.

(*bukan nama orang tapi IMAN di dalam HATI*)

Masa IMAN bertambah.

Terdetik di hati ingat nak mati.

Semua kerja buat bersungguh macam esok dah tak ada lagi.


Masa IMAN berkurang.

Mulalah bersuka-ria sampai tak ingat dunia.

Rasa macam hidup hanya nak bersenang-lenang.



Bingkisan doaku: "Ya,Allah. Permudahkanlah urusan kami dan tetapkanlah HATI-HATI kami di jalan-MU."



Note: Ini peringatan buat diri kerana aku juga manusia biasa yang tak sempurna.



Current mode:*terlukis wajahmu di awan itu :)*

Tuesday, January 19, 2010

[ Di Mana Hatiku? ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Di suatu tempat terlihat seseorang sedang mundar-mandir sendirian.



A:Kamu kelihatan runsing sekali.


B:Aku mencari sesuatu.


A:Boleh aku bantu? Moga cepat ketemu.


B: Benar? Aku sendiri sudah buntu.


A: Apa yang kamu cari?



B:Aku mencari hatiku. Tolonglah aku.


A: Oh,begitu. Imam Ghazali pernah berpesan:“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru.”


B:*berlari pergi*


A:Eh,tunggu dulu. Kamu mahu ke mana?


B:Mencari hatiku. Terima kasih ya!



A: Ku doakan moga hati kamu dan hatiku masih terikat di jalanNya.




Current mode:*mencari hati di segenap penjuru dunia kecilku*

Sunday, November 1, 2009

[ Mendidik Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Kita selalu katakan,
Langit itu tinggi sekali,
Tapi bila ada satu saat langit itu kelihatan rendah ,
Hingga mungkin dapat digapai,
Kita tersedar.
Selama ini langit yang kita rasakan begitu tinggi,
Adalah bukan langit yang sebenar.
Cuma awan biasa malah mungkin juga kabus yang kabur di depan mata.

Begitu juga dengan manusia.
Mungkin kita membayangkan seseorang itu hampir sempurna,
Seakan dia lengkap segalanya.
Tapi bila satu saat kita terlihat kekurangannya,
Kita kecewa.
Dan kita sedar yang dia juga manusia biasa,
Punya kelebihan dan juga kekurangan yang nyata.




**********************************



Pesanan buat hati-hati yang berbicara:
Andainya diri ini diterima kerana kelebihan,
Kamu pasti akan kecewa bila terlihat kekurangan.
Andainya diri ini diterima kerana rupa luaran,
Kamu pasti akan kecewa bila ia kepudaran.
Andainya diri ini terima kerana perwatakan,
Kamu pasti kecewa kerana aku mungkin bukan lagi orang yang sama di masa depan.
Terimalah aku semata-mata kerana Allah,
Ternyata ukhwah yang terbina pasti akan berpanjangan.




**********************************



Kata Murobbi,
Hubugan kita dengan manusia adalah indicator kepada hubungan kita dengan Allah.Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah pasti akan menjaga hubungan kamu dengan manusia.





**********************************



Ilahi Rabbi,
Berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati ini,
Kurniakanlah aku segenggam tabah untuk mendidik hati ini,
Moga setiap goresan di hati ini menjadi peringatan agar selalu ingat padaMu.


Current mode: *belajar untuk berlapang hati,memberi dan menerima seadanya.*

Tuesday, September 29, 2009

[ Salju Di Hati ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Detik waktu yang berlalu

Terbiar sepi tanpa lagu

Kerana hatiku yang kaku

Mungkin juga jiwa yang lesu

Tapi kini

Terlihat cahaya menyinari

Sesegar embun pagi

Sedingin salju di hati

Saat dahi menyentuh sejadah

Terusirlah segala gundah

Benarlah pesanan mutiara indah

Andainya kamu resah

Ingatlah Allah.



.:.Ya Allah,betapa luasnya kasihMu.:.

Duhai hati, tenanglah.


‘..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram..’
Surah Ar-Ra’d:28

Current mode:*hayati pengajaran dari kehidupan*

Thursday, September 24, 2009

[ Pesanan Buat Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






Ku tanyakan pada hati.

Rindu itu untuk siapa?

Ku soalkan pada hati.

Kasih itu buat siapa?

Ku ajukan pada hati.

Sayang itu pada siapa?

Duhai hati-hati yang merindu.

Dengarlah bisikan hati ku.

Andainya rindu,kasih dan sayang itu disandarkan pada Dia.

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Maka berbahagialah kamu.

Pasti damai yang dicari akan kamu temui.

Walau bukan di dunia ini.

Pasti di daerah abadi nanti.

Tersenyumlah.

Walau insan lain kehairanan memandang kamu.

Biarkanlah.

Hanya hati yang dipenuhi cinta padaNya.

Dapat merasai kemanisan iman yang diimpi.


Current mode:*hujan,kau ingatkan aku tentang satu rindu*

Thursday, September 17, 2009

[ Pintaku Pada Hati ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Kadang-kadang tak semua perkara menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Adakalanya menjadi jauh lebih baik malah ada juga tidak mencapai tahap yang dibayangkan.

Kita selalu mengharapkan mentari bersinar sepanjang hari tapi Allah lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan.

Kadang-kadang tak semua kata-kata baik yang dihulurkan pada kita.

Adakalanya kata-kata yang berbaur pahit dan pedas juga dilemparkan.

Sama ada suka atau tidak.

Pahit,masam atau kelat sekalipun kita terpaksa telan.

Ya.Aku sendiri akui.


Terkadang hati seakan sebu.

Pedih hati terguris ditahan.


Manik jernih berguguran.

Tapi itulah pengajaran hidup yang Allah titipkan.

Tika diam sejenak saat bersidang di Mahkamah Hati.

Aku sedar.

Yang pahit tak semestinya racun.

Dan yang manis tak semestinya penawar.

Dalam hidup yang pelbagai rasa ini.

Kadangkala yang pahit itulah penawar yang dicari.

Malah yang manis itu mungkin saja racun yang cuba dijauhi.

Duhai hati,

Berbaik sangkalah kamu pada semua.


Sukar?

Mungkin juga.


Tapi pintaku pada kamu

Cubalah selagi terdaya.

Jangan pernah cuba untuk berhenti.





Current mode: *Alhamdulillah.Syukur. KasihMu yang tiada penghujung.*

Sunday, September 13, 2009

[ Ku Bawa Lari Sekeping Hati ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salahkah aku jika tidak mahu mengikut,menyertai atau menjadi sebahagian daripada kamu?


Salahkah aku jika aku punya pendirian,cara malah kemahuan sendiri yang berbeza dari kamu?


Salahkah aku jika aku mahu menjadi diri sendiri?


Kata kamu:

Aku rugi.Menutup ruang ukhwah.Menghalang individu lain mengenal dan menghubungi diri malah ketinggalan dengan isu semasa.

Kamu mungkin melihatnya dari sudut berbeza.Ya,terpulang.Itu cara kamu.


Tapi ini kataku:

*usah salah tafsir.ini pesanan dan teguran buat diri sendiri*

Aku mahu menjaga diri selagi terdaya.Dari segi Jasmani mahupun Ruhani.Lahiriah dan Ruhiah.

Aku ini insan yang tidak sempurna.

Sudah terlalu banyak lumpur dosa yang terpalit pada diri selama aku hidup.

Antara sedar atau tidak adakalanya aku pasti tergelincir lalu tercemarlah lagi dengan debu-debu dosa.

Apa mungkin aku berani untuk menambahnya?

Cukuplah.

Aku tidak mahu terus diburu penyakit atau virus hati.

Aku tidak mahu terus melalaikan diri.

Aku tidak mahu bermain api kerana aku tahu diri ini belum kuat untuk menahan bahangnya.

Ingin aku tegaskan.

Bukan aku menutup ruang ukhwah.

Insya-Allah.Dengan izin dan rahmatNya.

Aku pasti kita akan dipertemukan andainya niat kita ikhlas saling mengenali dan berkasih-sayang semata-mata kerana Allah.

Walau kita jauh dipisahkan lautan yang dalam ataupun beberapa benua sekalipun.

Pertemuan,perpisahan,ajal dan maut adalah rahsia Allah.


Petikan dialog dalam filem Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy:


Nabi Yusuf A.S berdoa:

‘Ya Allah,jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar maka aku lebih memilih untuk tinggal di penjara tapi lebih dekat dekatMu daripada aku hidup bersama manusia pendusta’

Duhai hati,Allah berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas.


Ya. Di dunia kecil ini aku bahagia.


.:.Ya Allah,kuatkanlah aku untuk terus melangkah di jalanMu.:.

Current mode:*berdiri depan cermin dan tanyakan pada diri..itu Aku?Ya,aku bukan kamu kerana aku adalah Aku*


.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Wednesday, September 2, 2009

[ Siri Mengetuk Diri ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Ini bukan keluhan,

Apatah lagi merungut dengan jalan yang Allah tentukan,

Ini adalah ‘Siri Mengetuk Diri ’,

Supaya aku bangun kembali,

Mungkin kadang terbuai dengan arus dunia,

Hingga aku lupa hakikat yang kita akan kembali ke daerah abadi,

Aku tidak mahu terus hanyut,

Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang biasa-biasa,

Aku mahu menjadi yang lebih baik daripada itu,

Kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan padaku,

Terlalu banyak pertolonganNya padaku,

Aku mahu menjadi orang beriman yang dia melihat dosa ibarat gunung yang hendak menghempap dirinya,

Aku tidak mahu menjadi orang tidak beriman yang dia melihat dosa ibarat lalat yang hinggap pada hidung, dia menguis dan lalat itu lari,

Ini cara aku mengingatkan diri,

Dan pasti kamu juga punya cara sendiri,

Jalan cerita hidup kita mungkin berbeza,

Tapi kita akan kembali pada pencipta yang sama.


Current mode:*aku impikan mentari bersinar sepanjang hari tapi Allah lebih tahu hakikat hujan diturunkan*

.:.Tulus ku mohon..Maaf,aku bukan insan sempurna.:.

Tuesday, September 1, 2009

[ Pergi Jauh ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Kamu pernah rasa marah pada diri sendiri?

Tidak?

Pasti kamu tidak akan faham apa yang aku rasa.

Aku MARAH pada diri sendiri.

Kenapa?

Kerana aku tidak menjadi seperti apa yang aku inginkan.

Aku selalu lalai dengan perintahNya.

Aku kata mahu berubah menjadi hamba yang diredaiNya.

Tapi apa yang aku buat?

Amalan tak seberapa sedangkan masih ada yang lompang sana sini.

Ini yang dikatakan mahu menggapai syurga?

Tidak.

Jangan mimpi jika masih begini!

Pergi kamu.

Jangan hanya menangis!

Sudah.

Baik hentikan.

Aku penat.

Buka mata.

Buka hati.

Sedarlah diri.


Current mood: *manis+masam+masin+pedas+pahit = 1*

.:.Suhu dan tekanan masih tinggi.Maaf..:.

Monday, August 31, 2009

[ Kamu Terlupa? ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Pesanan buat kamu yang lupa :


Kamu berkata itu dan ini seperti insan yang tak punya hati.Sedarkah kamu.Apa yang disoalkan padaku adalah ciptaan Allah yang kekal.Mungkin kamu lupa.Dirimu juga insan yang tidak sempurna.


Pedih?Ya,hatiku yang kau guris ini pedih.


Namun,tiada lagi air mata yang mengalir kerana aku sudah penat dengan karenah insan-insan seperti kamu.Lupa pada cermin diri yang kaku di hadapan.Ah,mungkin kabur dek debu dosa.Aku harap tidak begitu tapi tolong jangan dekati aku.Hentikan kata-kata kamu dan pergi dari sini.


Kamu lupa ya.Aku juga insan biasa bukannya robot yang tiada rasa.Jangan ingat aku berdiam diri tandanya aku ini lemah.Jika itu sangkaan kamu ternyata kamu silap.Air yang tenang jangan disangka tiada buaya!


Ingat! Ini amaran keras buat kamu-kamu yang memandang rendah pada orang lain dan lupa akan hakikat roda kehidupan.

Current mood:*gunung berapi masih aktif.Cuba bersabar*


.:.Suhu dan tekanan tinggi.Maaf.:.

Wednesday, August 5, 2009

[ Ku khabarkan di angin lalu]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





Sejujurnya ku katakan. Terkadang ia pasti datang menjengah.Namun aku cuba juga mengusirnya untuk pergi jauh.Pergi dan jangan datang lagi! Aku mohon.

Ku katakan pada angin lalu..
Dengarlah hatiku berlagu..
Aku mohon pada kamu..
Tolong jangan tarik aku jauh dari jalan ini..
Kamu tahu..
Bukan mudah untuk ku temui jalan ini..
Setelah terjatuh dan bangun kembali..
Setelah terluka dan pedih di hati..
Dan kini ku temui..
Damainya di jalan ini..
Cara kita mungkin berbeza..
Tapi selagi aku masih berada di jalan ini..
Usah diragui..
Aku yakin masih mampu berdiri..



Pesanan buat hati: Usah takut melawan arus.Kuatkan semangat!Sedarlah,hidup ini hanya pinjaman.Yang dicinta kan pergi.Yang didamba kan hilang.Hidup kan terus berjalan meski penuh dengan tangisan.

Dari tinta di taman syurga:
Beramallah menurut keimanan masing-masing. Jika tidak dapat dilaksanakan semua janganlah ditinggalkan semuanya. Lebihan umur kita yang masih tinggal sedikit hampir sampai ke penghujungnya. Rebutlah amal sebanyak yang boleh dan bertaubatlah kepada Allah dengan segala kesungguhan untuk bekal di akhirat kerana ‘YANG PERGI TIDAK AKAN PULANG KEMBALI’.

Current mood: Aku rindu sejuknya siraman ketenangan.Aku rindu bisik yang menyentuh hati. ‘Hujan’, aku rindu kamu dan saat itu.




.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Tuesday, July 28, 2009

[ Sama tapi Berbeza ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Membuka kembali kotak memori. Aku teringat satu soalan yang pernah diajukan oleh seorang teman 3 tahun yang lalu dan sekarang ku ajukan kembali soalan itu pada diriku.


‘Apa perkara terakhir yang kamu akan lakukan jika hanya punya waktu 3 minit sahaja lagi untuk hidup? ’


Jawapanku 3 tahun yang lalu: Aku harap dapat bersama insan-insan yang ku sayang buat kali terakhir.(sebaris ayat itu menjadi balasanku –masih dibuai mimpi)



Dan kini jawapanku: Aku harap waktu itu aku sempat memohon maaf atas salah dan silapku selama ini dan moga kalimah indah itu menjadi kata terakhir dariku.*masih terlalu banyak harapanku dan aku tahu waktu itu tidak cukup untuk menjelaskan semuanya* (sesungguhnya kematian bukan hanya perpisahan dengan insan-insan tersayang tapi lebih dari itu – renungkan)


Ku tanyakan pada hati:


‘Sampai bila harus begini?’

*Sepi*


Ku katakan pada hati:


Kita tak boleh selamanya hidup dalam kenangan dan angan. Kembalilah pada realiti.


.:.Ya Allah,kuatkan aku menuju matlamat yang satu kerana telah ku pilih jalanMu.:.

Buat semua insan yang pernah hadir dalam hidup ini: Maafkan aku..adakalanya pasti kamu terluka dengan tingkahku.Mengertilah,aku bukan robot yang tiada perasaan.Aku juga manusia yang punya suka,duka,ketawa dan air mata malah kadangkala ‘panas’ tidak menentu.Sedarlah,kamu juga sepertiku kerana kita bukan insan sempurna.


Current Mood: *Hatiku berbisik merenung diri*

Friday, July 17, 2009

[ Kata Cinta ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
l

Kes 1: Pasangan berusia 20-an

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan,
Buang emak,buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka tapi tanpa restu dari keluarga pada mulanya kerana usia masih belasan. Membawa diri merantau di negeri orang. Si suami bekerja sebagai pekerja kilang dan isteri sebagai suri rumah.Hidup cukup-cukup sahaja. Anak-anak masih kecil dan semakin bertambah. Bagaimana mahu dibahagikan gaji bulanan yang tidak seberapa untuk sewa rumah,belanja dapur,minyak kenderaan dan barang-barang anak yang semakin membesar?


Kes 2: Pasangan berusia 30-an

Membeli nanas di Kuala Sepetang,
Diam menahan ikan tenggiri,
Ku harap panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka malah direstui oleh keluarga. Merantau jauh dan akhirnya pulang ke kampung halaman. Hiduplah mereka sekeluarga dengan air telaga menjadi sumber air dan hanya lampu minyak tanah yang menerangi kegelapan di malam hari. Si suami akhirnya pergi mencari kerja setelah di desak pelbagai pihak yang mengetahui sikapnya yang bagai menunggu buah yang gugur. Perginya tanpa berita dan tiada yang tinggal untuk keluarganya menjalani hidup sehari-hari. Anak-anak tidak mahu ke sekolah kerana tiada wang belanja. Apa lagi daya si isteri setelah ditinggalkan suami begitu. Terpaksalah dia mengendong anak kecil di tengah batas padi di bawah terik mentari malah menoreh getah tua yang hampir ditebang yang sudah tentu menjanjikan hasil yang tidak seberapa. Adakah selamanya begini dan hanya mengharapkan simpati pada yang memandang?


Kes 3: Pasangan berusia 40-an.

Duduk bersantai di anjung rumah,
Terkenang rupa bunga rafflesia,
Sedangkan pantai boleh berubah,
Inikan pula hati manusia.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka malah direstui oleh keluarga juga. Impian yang dicipta rupanya hanya angan yang tidak kesampaian. Nakhoda bahtera impian yang diharapkan dapat membawa isinya meredah lautan bergelora ini mabuk dalam pelayaran. Mabuk laut atau mabuk yang sengaja dicipta. Kadangkala mengundang gundah di hati kelasi kapal yang melihat. Mampukah selamat sampai ke destinasi? Mana hilang nakhoda harapan? Diam kelasi tidak semestinya setuju mungkin terlalu banyak luka di hati. Lalu siapa menjadi mangsa?Bagaimana mungkin juga kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?


Bicara kata tanpa suara: Aku bukan menyalahkan sesiapa atau mempersoalkan takdir dan bukan juga mengatakan cintalah punca segalanya. Sekadar berkongsi cerita dari hati.


Petikan dari Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman al-Azizy:

Cinta itu fitrah dan lumrah alam, ia berasal dari Allah S.W.T dan sesungguhnya semua yang berasal daripada Allah adalah suci. Tetapi suci atau tidak cinta itu bergantung ia ditawan nafsu atau tidak. Cinta tidak memiliki mata tetapi bisa menyebabkan mata dan hati menjadi buta kerananya.


Adikku sayang,

Kamu bermain cinta ya?
Sudah kau putuskan tujuannya?
Suka-suka atau sampai ke syurga?



Ini ketukan buat diriku dan juga kamu,

Ingat ya, jangan fikir dengan hanya bermodalkan cinta pada manusia yang kamu katakan pengarang jantung itu boleh membuatkan kamu bahagia. Masih terlalu banyak yang perlu difikirkan. Yakinkah kamu si dia yang kamu panggil sayang itu dapat memimpin kamu ke syurga sana? Atas dasar apa keyakinanmu itu? Agamanya? Ilmunya? Atau sekadar manis bicara sahaja? Kuatkah kamu andai kata suatu hari nanti nasib kamu juga sama seperti mereka?

Adikku sayang,

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ya, memang indah di pantai sana tapi tegarkah kamu andai tsunami menjengah lagi?

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ya,memang banyak habuan yang lumayan di laut dalam tapi kuatkah kamu bila disapa habuan yang boleh sahaja mematahkan kail kayu kamu itu?


Pesanan seorang sahabat:

Ingatlah, bahawa setiap perancangan Allah pada kita itu adalah sebaik-baik perancangan, kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan hamba-hamba-Nya.Berilah cintamu hanya pada Allah, nescaya Dia akan ketemukan cintamu pada pemilik yang terbaik.

Saturday, June 13, 2009

[ Hati ini Berbisik ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Buat kalian yang ku sayang,

Maaf dan jangan risau aku tidak akan menuding jari pada kalian kerana aku tahu hanya satu akan menunjukkan pada kamu dan empat laginya adalah pada diriku.Ya mungkin aku yang salah.Ada ketika mata terlepas memandang,telinga tersalah mendengar,hati dan akal salah menafsir. Aku mungkin tidak dapat menjadi cermin yang baik buat kamu.Aku mungkin tidak dapat menenangkanmu.Aku mungkin tidak dapat menyambung ceritamu.Aku mungkin tidak dapat memberikan bunga-bunga harapan yang kamu idamkan.Aku mungkin tidak dapat mengikut segala mahumu.Kembaralah dan carilah yang lebih baik.Usah kamu bimbang budimu padaku tidak akan ku lupa. Insya-Allah sampai nafas ini terhenti.Moga Allah merahmatimu.Andai satu saat nanti kamu perlukan aku,carilah aku di sini.Sepiku bukan bererti hilang. Aku tidak ke mana dan aku masih di sini.Tapi,jika aku tidak lagi kau temui dan kamu memerlukan seseorang untuk berbicara.Jumpalah denganNya.Allah Maha Mendengar,berbicaralah dari lubuk hati yang paling dalam.

Note for kalian: Moga ditemui seseorang yang lebih baik untuk dijadikan teman dalam perjalanan hidup ini.


*********************************************



Buat hatiku yang berlagu sayu,

Pesanan dari Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni:

‘La Tahzan.Semangat dan azam untuk hari ini tanpa kesedihan,tanpa keresahan,tanpa kemarahan,tanpa kedengkian dan tanpa kebencian.’


Pesanan dari Ibnul Qayyim rahimahullah:

1. Sesungguhnya dalam hati terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap penuh kepada Allah s.w.t.

2. Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

3. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

4. Di dalam hati juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

5. Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.”


Note for Wardah: Saat diri ini lelah di perjalanan,kuatkanlah untuk melangkah ke rumahNya atau majlis-majlis ilmu (taman syurga).Moga Allah menghantarkan ketenteraman dan ketenangan di jiwa.Agar dapat kembali pulih seperti sediakala.Ketahuilah olehmu.Hati itu rindu malah lapar dan dahaga tanpa makanannya.Makanan jiwa atau food for the soul.Andai hati itu sakit,kembalilah kepada Penciptanya.Hanya Allah yang dapat menyembuhkannya.Satu lagi jangan kau lupa, “Hablul minnallah wa hablul minas”.Jagalah hubungan kamu dengan Allah maka Dia pasti akan menjaga hubungan kamu sesama manusia.

Current Mood: Ingin bersendiri dan berjumpa denganNya.Indahnya andai akhir kalamku nanti dapat diakhiri dengan kalimah indah itu.

Tuesday, December 2, 2008

[Ana Uhibbukum Fillah ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salam mahabbah pembuka bicara,
Buat kalian yang ku sayang,
Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Hati silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Halalkan makan,minum,ilmu dan budi yang disemaikan,
Seuntai kasih buatmu kerana sabar dengan karenahku,
Seuntai kasih buatmu kerana selalu mendengar celotehku,
Seuntai kasih buatmu kerana tidak pernah jemu mengingatkan tanggungjawabku sebagai hamba Allah,
Seuntai kasih buatmu atas sokongan dan semarak semangat padaku,
Syukurku yang tidak terhingga atas kasih sayang yang dicurahkan,
Ya Allah ku mohon padaMu,
Titipkanlah kasih sayangMu kepada kami agar ikatan ukhwah ini terus terjalin,
Tetapkanlah hati kami agar terus berada di jalan yang diredhaiMu,
Tunjukkanlah yang salah itu salah dan berilah kami kekuatan untuk menjauhinya,
Dan tunjukkanlah yang benar itu benar dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya.


‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’
[surah Al-Baqarah:216]

Friday, November 21, 2008

[ Islam itu Indah ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Saat Islam menjadi asing di bumi sendiri..
Terdetik di hati ini..
Ya Allah, umat di akhir zaman..
Aku mohon padaMu Ya Allah..
Tetapkan hatiku di jalanMu..
Ya Allah diri ini ingin berubah dan mengubah..
Kurniakan aku kekuatan dan ketabahan dalam usaha..
Untuk menegakkan kebenaran..
Sedarlah temanku..
Islam itu indah..
Islam itu ketenangan..