CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Seberang Laut. Show all posts
Showing posts with label Seberang Laut. Show all posts

Friday, December 3, 2010

[ Jujurkanlah Hati Ini ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)

Aku masih di sini.

Di seberang laut ini.

Mencari ketenangan.

Membina kekuatan.

Menjana keyakinan.

Perjalananku masih jauh.

Sungguh!


(ii)

Iman sentiasa ada turun naiknya.

Terpulang pada diri untuk memilih.

Duduk diam2 di ceruk tersorok.

Cuba dengar kata hati sendiri.

Mahu biar level iman terus menjunam ke paras bahaya?

Atau mahu terus berjuang hingga ke nafas terakhir?

Pilihan ada di depan mata.

Mari memilih.

Kalau tak mampu buat semua,

Janganlah ditinggalkan semuanya.



Current mode:*Kadang-kadang berlaku jujur dengan orang lain lebih senang dari berkata sejujurnya dengan hati sendiri.Allah tahu semuanya.*

Saturday, May 1, 2010

[ Zon Selamat ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful








rindu.rindu.rindu.


bila jauh teringat-ingat.


rindu.rindu.rindu.


bila jauh rasa nak dekat.


rindu.rindu.rindu.


aku mahu rasa selamat.


rindu.rindu.rindu.


tapi kadang-kadang lagi suka begini.


bila hanya dengar yang indah saja.


bila hanya dengar suara ceria dan gelak tawa mereka.




Current mode:*rindu untuk nyenyak tidur tanpa risaukan apa-apa*

Friday, March 12, 2010

[ Rerama Biru Yang Cantik ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


*Cubit peha kanan. Peha kiri terasa juga*


Pernah dengar peribahasa ini?


Ya,mungkin itu yang aku rasa sekarang.


Entah berapa kali ‘hujan’ turun sejak semalam.


(dalam kelas,di musolla,dalam bilik,masa solat,dalam 2 kali mimpi dan bangun tidur)


Walau bukan aku yang merasa tapi aku terkesan juga dengan tempiasnya.


**********


Buat kamu,


(Ya,kamu si rama-rama biru)


You are not alone!


And never be alone.


Look around you.


They might say nothing to you right now.


But I’m sure.


Deep in their heart,


They love you.


Care for you.

Just want you to know that


I love you sis.


Even what ever happen


Please don’t lose your way.


You are tougher and stronger than you think!


Come on!


You can do it!


Say this out loud:


I’m a smart, independent and beautiful muslimah!


**********

Ya Allah,


Titipkanlah kami kekuatan untuk menempuh ujian ini.


Lapangkanlah dada kami agar dapat menerima pedih hari semalam dan kembali tersenyum untuk hari esok.


Moga ujian ini akan mengikat kami agar tetap tegar di jalan-Mu.


**********



Current mode:*kerana kamu adalah sebahagian dari hidupku*

Monday, February 22, 2010

[ Permudahkanlah Pemergianku ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Ku hitung jam. minit. saat dan detik,

dengan perasaan yang berbaur.

Semuanya bergaul menjadi satu.

Ya Allah,permudahkanlah pemergianku.

Tetapkanlah aku di jalan-Mu.

insan yang kerdil ini tiada daya tanpa-Mu.

*******


Semalam, aku mimpikan kamu.

Temanku yang hilang.

Kamu baik-baik saja kan.

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah.

Sampai ketemu nanti.



"..Beruntunglah sesiapa yang menyucikan hatinya. Dan rugilah orang yang mengotorinya."

[Surah asy-Syams:9-10]



Current mode:*jauh di mata, dekat di hati*

Sunday, July 19, 2009

[ Permata Indah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Tempat: Masjid **-****
Masa: Sekitar waktu Maghrib
Pemerhati dari jauh: Aku dan Seorang Teman
Subjek pemerhatian: Seorang Wanita Berhijab Putih


Setelah sampai di perkarangan rumahNya. Kami diam sebentar di dalam kereta. Tiba-tiba lalu seorang wanita berhijab putih yang menutupi seluruh tubuhnya. Aku memandang wanita itu hingga dia masuk ke dalam masjid. *tersenyum sendiri*


................................................................................................
Bicara aku dan Seorang teman:



Aku: Hmm,suka tengok orang pakai macam tue. Mesti dia rasa selamat.

Teman: Kenapa Wardah tak pakai macam tue?

Aku: Teringin.. tapi..*diam*


Teman: Tapi apa? Kan bagus pakai macam tue.

Aku: Betul. Cuma diri ini tidak selalu ‘menjaga’ malah ilmu yang ada di dada masih cetek benar. Tidak terhitung noda dan dosa agaknya. Selalu saja terleka dengan dunia. *hatiku berlagu sayu:terasa diri ini lemah,hina bersalut dosa malah terlalu kerdil di hadapanNya*

Teman: Tapi selagi kita mencuba untuk berubah tak salah kan.

Aku: Betul. Insya-Allah satu hari nanti.Semoga di permudahkan. Kita sama-sama berjuang ya.
*tersenyum*


Seruan azan telah kedengaran dan bicara kami berhenti di situ.

.................................................................................................

.:.Ya Allah,berikan kami kekuatan untuk berjuang merasai kemanisan iman dan dekat denganMu.:.

Hatiku berbisik:
Dia permata indah tapi aku butir pasir tiada warna,
Dia ibarat cahaya tapi aku kelam bernoda,
Dia bagai haruman tapi aku sekadar perhiasan biasa,
Andai dia bidadari berwajah manusia, sungguh aku ingin menjadi sepertinya.


Current mood: Rindu lagi saat itu…

Wednesday, July 8, 2009

[ Seuntai Kata Untuk Dirasa ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Andai kamu punya suara,
Berbisiklah,
Agar aku tahu kamu ada.

Andai kamu punya lagu,
Nyanyikanlah,
Agar dapat aku hayati iramanya.

Andai kamu punya cerita,
Khabarkanlah,
Agar aku mengerti kisahnya.

Andai kamu punya kasih,
Sebarkanlah,
Agar aku juga merasai kasihNya.


**********************************************************

Aku ingin berlari,
Tapi aku kaku di sini.

Aku ingin terbang,
Tapi aku masih di Bumi.

Aku ingin pergi jauh,
Tapi aku terikat lagi.

Aku ingin terus tersenyum,
Tapi ada sendu di hati.

Current mood: Aku ingin terbang ke seberang. Biarlah hanya khabar indah ku terima di sana. Manisnya rindu semakin hilang.