CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, November 1, 2009

[ Mendidik Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Kita selalu katakan,
Langit itu tinggi sekali,
Tapi bila ada satu saat langit itu kelihatan rendah ,
Hingga mungkin dapat digapai,
Kita tersedar.
Selama ini langit yang kita rasakan begitu tinggi,
Adalah bukan langit yang sebenar.
Cuma awan biasa malah mungkin juga kabus yang kabur di depan mata.

Begitu juga dengan manusia.
Mungkin kita membayangkan seseorang itu hampir sempurna,
Seakan dia lengkap segalanya.
Tapi bila satu saat kita terlihat kekurangannya,
Kita kecewa.
Dan kita sedar yang dia juga manusia biasa,
Punya kelebihan dan juga kekurangan yang nyata.




**********************************



Pesanan buat hati-hati yang berbicara:
Andainya diri ini diterima kerana kelebihan,
Kamu pasti akan kecewa bila terlihat kekurangan.
Andainya diri ini diterima kerana rupa luaran,
Kamu pasti akan kecewa bila ia kepudaran.
Andainya diri ini terima kerana perwatakan,
Kamu pasti kecewa kerana aku mungkin bukan lagi orang yang sama di masa depan.
Terimalah aku semata-mata kerana Allah,
Ternyata ukhwah yang terbina pasti akan berpanjangan.




**********************************



Kata Murobbi,
Hubugan kita dengan manusia adalah indicator kepada hubungan kita dengan Allah.Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah pasti akan menjaga hubungan kamu dengan manusia.





**********************************



Ilahi Rabbi,
Berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati ini,
Kurniakanlah aku segenggam tabah untuk mendidik hati ini,
Moga setiap goresan di hati ini menjadi peringatan agar selalu ingat padaMu.


Current mode: *belajar untuk berlapang hati,memberi dan menerima seadanya.*

Wednesday, October 28, 2009

[ Promises ]




I can’t promise to always be by your side..


I can’t promise that I won’t make you cry..


I can’t promise that I’ll always make you smile..


I can’t promise that I’m good enough for you..


I can’t promise that I wouldn’t change..


See…


I can’t promise anything to you..


I’m sorry…





Current mode: *Sometimes we just like weather.Changing day after day.*

Monday, October 26, 2009

[ Hati Aku dan Kamu ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Ada hati yang hidup.

Ada hati yang sihat.

Ada hati yang sakit.

Ada hati yang terluka.

Ada hati yang perlu dibersihkan.

Ada hati yang perlu dirawat.

Ada hati yang perlu diubati.

Ada hati yang perlu dijaga.

Hati-hati menjaga hati.

Ya,Allah.

Pencipta dan pemilik hati.

Peganglah hatiku dan jangan biarkan aku berpaling dariMu.



Current mode: *ziarahi hatiku maka kamu akan mengerti*

[ Don't Let Me Fall ]


Underneath the moon,

Underneath the stars

Here's a little heart for you

Up above the world,

Up above it all

Here's a hand to hold on to.



Note: See you soon and i hope you'll be there too :)

Tuesday, September 29, 2009

[ Salju Di Hati ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Detik waktu yang berlalu

Terbiar sepi tanpa lagu

Kerana hatiku yang kaku

Mungkin juga jiwa yang lesu

Tapi kini

Terlihat cahaya menyinari

Sesegar embun pagi

Sedingin salju di hati

Saat dahi menyentuh sejadah

Terusirlah segala gundah

Benarlah pesanan mutiara indah

Andainya kamu resah

Ingatlah Allah.



.:.Ya Allah,betapa luasnya kasihMu.:.

Duhai hati, tenanglah.


‘..Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram..’
Surah Ar-Ra’d:28

Current mode:*hayati pengajaran dari kehidupan*

[ By Your Side ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


You are crying.

Let me lift up your face.

Just don't turn away.

You are looking for love.

Still searching.

To where will you go?

Tell me where will you run.

To where will you run?

'Cause I'll be by your side.

Wherever you fall,

In the middle of the night.

Whenever you call,

I'll be by your side.

Current mode:*Waiting for you to be by my side*

Thursday, September 24, 2009

[ Pesanan Buat Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful






Ku tanyakan pada hati.

Rindu itu untuk siapa?

Ku soalkan pada hati.

Kasih itu buat siapa?

Ku ajukan pada hati.

Sayang itu pada siapa?

Duhai hati-hati yang merindu.

Dengarlah bisikan hati ku.

Andainya rindu,kasih dan sayang itu disandarkan pada Dia.

Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Maka berbahagialah kamu.

Pasti damai yang dicari akan kamu temui.

Walau bukan di dunia ini.

Pasti di daerah abadi nanti.

Tersenyumlah.

Walau insan lain kehairanan memandang kamu.

Biarkanlah.

Hanya hati yang dipenuhi cinta padaNya.

Dapat merasai kemanisan iman yang diimpi.


Current mode:*hujan,kau ingatkan aku tentang satu rindu*