CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts
Showing posts with label Mengenal Diri. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

[ Di Hati Ini.Hanya DIA Yang Tahu ]









Ya Allah,Ya Rahman,Ya Rahim.
Pemilik nyawa dan jasad ini.

Ya Allah,aku mohon. Tolong selamatkan aku dari kekecewaan ini.

Ya Allah, Aku mohon. Tolong jangan biarkan aku larut dalam keresahan ini.

Ya Allah,Aku mohon. Tolong jangan biarkan aku hampir kepada putus asa.

Aku memohon hanya padaMu Ya Rabb.

Sungguh.

Hanya Engkau yang mengetahui setiap bisik hatiku.


*******

Tipulah kalau aku tak sedih.

Kerana aku manusia biasa.

Kerana aku insan yang tak sempurna.






Current mood:*lari untuk menjaga hati.sampai bila?aku sendiri tak punya jawapan untuk itu.*

Sunday, December 27, 2009

[ Masih Di Sini ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Sepi sekuntum mawar.

Bukan bererti ia menghilang.

Bukan juga meminggirkan yang tersayang.

Masih tetap di sini.

Di jalan ini.

Bermujahadah dalam berjuang.

Mencari hatinya di setiap ruang.

Doakanlah.

Ia pasti kembali.

Mekar pada saatnya.


********************************

Petikan mutiara kata:

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.

Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.


Current mode:*Alhamdulillah,hujan itu masih kembali saat bumi rindu padanya*

Sunday, November 1, 2009

[ Mendidik Hati ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful

Kita selalu katakan,
Langit itu tinggi sekali,
Tapi bila ada satu saat langit itu kelihatan rendah ,
Hingga mungkin dapat digapai,
Kita tersedar.
Selama ini langit yang kita rasakan begitu tinggi,
Adalah bukan langit yang sebenar.
Cuma awan biasa malah mungkin juga kabus yang kabur di depan mata.

Begitu juga dengan manusia.
Mungkin kita membayangkan seseorang itu hampir sempurna,
Seakan dia lengkap segalanya.
Tapi bila satu saat kita terlihat kekurangannya,
Kita kecewa.
Dan kita sedar yang dia juga manusia biasa,
Punya kelebihan dan juga kekurangan yang nyata.




**********************************



Pesanan buat hati-hati yang berbicara:
Andainya diri ini diterima kerana kelebihan,
Kamu pasti akan kecewa bila terlihat kekurangan.
Andainya diri ini diterima kerana rupa luaran,
Kamu pasti akan kecewa bila ia kepudaran.
Andainya diri ini terima kerana perwatakan,
Kamu pasti kecewa kerana aku mungkin bukan lagi orang yang sama di masa depan.
Terimalah aku semata-mata kerana Allah,
Ternyata ukhwah yang terbina pasti akan berpanjangan.




**********************************



Kata Murobbi,
Hubugan kita dengan manusia adalah indicator kepada hubungan kita dengan Allah.Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya Allah pasti akan menjaga hubungan kamu dengan manusia.





**********************************



Ilahi Rabbi,
Berikanlah aku kekuatan untuk membersihkan hati ini,
Kurniakanlah aku segenggam tabah untuk mendidik hati ini,
Moga setiap goresan di hati ini menjadi peringatan agar selalu ingat padaMu.


Current mode: *belajar untuk berlapang hati,memberi dan menerima seadanya.*

Thursday, September 17, 2009

[ Pintaku Pada Hati ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Kadang-kadang tak semua perkara menjadi seperti apa yang kita harapkan.

Adakalanya menjadi jauh lebih baik malah ada juga tidak mencapai tahap yang dibayangkan.

Kita selalu mengharapkan mentari bersinar sepanjang hari tapi Allah lebih tahu hakikat hujan perlu diturunkan.

Kadang-kadang tak semua kata-kata baik yang dihulurkan pada kita.

Adakalanya kata-kata yang berbaur pahit dan pedas juga dilemparkan.

Sama ada suka atau tidak.

Pahit,masam atau kelat sekalipun kita terpaksa telan.

Ya.Aku sendiri akui.


Terkadang hati seakan sebu.

Pedih hati terguris ditahan.


Manik jernih berguguran.

Tapi itulah pengajaran hidup yang Allah titipkan.

Tika diam sejenak saat bersidang di Mahkamah Hati.

Aku sedar.

Yang pahit tak semestinya racun.

Dan yang manis tak semestinya penawar.

Dalam hidup yang pelbagai rasa ini.

Kadangkala yang pahit itulah penawar yang dicari.

Malah yang manis itu mungkin saja racun yang cuba dijauhi.

Duhai hati,

Berbaik sangkalah kamu pada semua.


Sukar?

Mungkin juga.


Tapi pintaku pada kamu

Cubalah selagi terdaya.

Jangan pernah cuba untuk berhenti.





Current mode: *Alhamdulillah.Syukur. KasihMu yang tiada penghujung.*

Sunday, September 13, 2009

[ Ku Bawa Lari Sekeping Hati ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salahkah aku jika tidak mahu mengikut,menyertai atau menjadi sebahagian daripada kamu?


Salahkah aku jika aku punya pendirian,cara malah kemahuan sendiri yang berbeza dari kamu?


Salahkah aku jika aku mahu menjadi diri sendiri?


Kata kamu:

Aku rugi.Menutup ruang ukhwah.Menghalang individu lain mengenal dan menghubungi diri malah ketinggalan dengan isu semasa.

Kamu mungkin melihatnya dari sudut berbeza.Ya,terpulang.Itu cara kamu.


Tapi ini kataku:

*usah salah tafsir.ini pesanan dan teguran buat diri sendiri*

Aku mahu menjaga diri selagi terdaya.Dari segi Jasmani mahupun Ruhani.Lahiriah dan Ruhiah.

Aku ini insan yang tidak sempurna.

Sudah terlalu banyak lumpur dosa yang terpalit pada diri selama aku hidup.

Antara sedar atau tidak adakalanya aku pasti tergelincir lalu tercemarlah lagi dengan debu-debu dosa.

Apa mungkin aku berani untuk menambahnya?

Cukuplah.

Aku tidak mahu terus diburu penyakit atau virus hati.

Aku tidak mahu terus melalaikan diri.

Aku tidak mahu bermain api kerana aku tahu diri ini belum kuat untuk menahan bahangnya.

Ingin aku tegaskan.

Bukan aku menutup ruang ukhwah.

Insya-Allah.Dengan izin dan rahmatNya.

Aku pasti kita akan dipertemukan andainya niat kita ikhlas saling mengenali dan berkasih-sayang semata-mata kerana Allah.

Walau kita jauh dipisahkan lautan yang dalam ataupun beberapa benua sekalipun.

Pertemuan,perpisahan,ajal dan maut adalah rahsia Allah.


Petikan dialog dalam filem Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy:


Nabi Yusuf A.S berdoa:

‘Ya Allah,jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar maka aku lebih memilih untuk tinggal di penjara tapi lebih dekat dekatMu daripada aku hidup bersama manusia pendusta’

Duhai hati,Allah berbicara denganmu tentang sabar dan ikhlas.


Ya. Di dunia kecil ini aku bahagia.


.:.Ya Allah,kuatkanlah aku untuk terus melangkah di jalanMu.:.

Current mode:*berdiri depan cermin dan tanyakan pada diri..itu Aku?Ya,aku bukan kamu kerana aku adalah Aku*


.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Wednesday, September 2, 2009

[ Siri Mengetuk Diri ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Ini bukan keluhan,

Apatah lagi merungut dengan jalan yang Allah tentukan,

Ini adalah ‘Siri Mengetuk Diri ’,

Supaya aku bangun kembali,

Mungkin kadang terbuai dengan arus dunia,

Hingga aku lupa hakikat yang kita akan kembali ke daerah abadi,

Aku tidak mahu terus hanyut,

Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang biasa-biasa,

Aku mahu menjadi yang lebih baik daripada itu,

Kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan padaku,

Terlalu banyak pertolonganNya padaku,

Aku mahu menjadi orang beriman yang dia melihat dosa ibarat gunung yang hendak menghempap dirinya,

Aku tidak mahu menjadi orang tidak beriman yang dia melihat dosa ibarat lalat yang hinggap pada hidung, dia menguis dan lalat itu lari,

Ini cara aku mengingatkan diri,

Dan pasti kamu juga punya cara sendiri,

Jalan cerita hidup kita mungkin berbeza,

Tapi kita akan kembali pada pencipta yang sama.


Current mode:*aku impikan mentari bersinar sepanjang hari tapi Allah lebih tahu hakikat hujan diturunkan*

.:.Tulus ku mohon..Maaf,aku bukan insan sempurna.:.

Wednesday, August 26, 2009

[ Bisikan Ketenangan ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Hasan Basri ditanya rahsia zuhudnya.

Dia menjawab:

‘Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain kerana itulah qalbuku selalu tenang..

Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain kerana itulah aku sibuk mengerjakannya..

Aku tahu Allah mengawasiku kerana itulah aku berasa malu bila Dia melihatku dalam keadaan bermaksiat..

Aku tahu kematian itu sudah menungguku kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk pertemuanku dengan Allah’

Hati berkata: Adakalanya aku rasa dunia ini malap. Lalu dalam samar aku mencari cahaya.Kamu mungkin tidak mengerti kerana jalan cerita kita berbeza.Syukurku padaNya. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna kerana aku tidak tahu masihkah ada lagi Ramadhan untukku.

.:.Ya Allah,syukurku atas nikmat kasih-sayang yang Kau titipkan di hati-hati kami.:.

Current mood:*terbang mencari damai abadi*

.:.Tulus ku mohon..Maaf.:.

Tuesday, July 28, 2009

[ Sama tapi Berbeza ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Membuka kembali kotak memori. Aku teringat satu soalan yang pernah diajukan oleh seorang teman 3 tahun yang lalu dan sekarang ku ajukan kembali soalan itu pada diriku.


‘Apa perkara terakhir yang kamu akan lakukan jika hanya punya waktu 3 minit sahaja lagi untuk hidup? ’


Jawapanku 3 tahun yang lalu: Aku harap dapat bersama insan-insan yang ku sayang buat kali terakhir.(sebaris ayat itu menjadi balasanku –masih dibuai mimpi)



Dan kini jawapanku: Aku harap waktu itu aku sempat memohon maaf atas salah dan silapku selama ini dan moga kalimah indah itu menjadi kata terakhir dariku.*masih terlalu banyak harapanku dan aku tahu waktu itu tidak cukup untuk menjelaskan semuanya* (sesungguhnya kematian bukan hanya perpisahan dengan insan-insan tersayang tapi lebih dari itu – renungkan)


Ku tanyakan pada hati:


‘Sampai bila harus begini?’

*Sepi*


Ku katakan pada hati:


Kita tak boleh selamanya hidup dalam kenangan dan angan. Kembalilah pada realiti.


.:.Ya Allah,kuatkan aku menuju matlamat yang satu kerana telah ku pilih jalanMu.:.

Buat semua insan yang pernah hadir dalam hidup ini: Maafkan aku..adakalanya pasti kamu terluka dengan tingkahku.Mengertilah,aku bukan robot yang tiada perasaan.Aku juga manusia yang punya suka,duka,ketawa dan air mata malah kadangkala ‘panas’ tidak menentu.Sedarlah,kamu juga sepertiku kerana kita bukan insan sempurna.


Current Mood: *Hatiku berbisik merenung diri*

Thursday, April 16, 2009

[ Perjalanan Mencari Diri ]



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salam muhasabah buat diriku.
lama benar aku menyepi.
kataku pada hati untuk mencari diri.
apa telah ditemui??
ah,perjalananku masih jauh.
usah mudah mengalah
mengaku anak Melayu:
‘ Pantang berundur sebelum berjuang’
hmm,hidup ini kan satu perjuangan.
teringatku pada seuntai kata:
selangkah ke alam perjuangan bererti
selamanya dalam ujian
biarlah menangis, kecewa dan terluka
bila disapa onak duri sepanjang perjalanan
itu lebih indah daripada mati terkambus tanpa mujahadah
kita tidak sanggup selamanya terluka
tapi ingatlah,
setiap darah dan air mata itulah mahar kita ke syurga
bila ditanya kenapa berjuang itu pahit?
Jawabnya kerana syurga itu manis
Ibarat menyapu ubat pada luka
Pedih, tetapi cepat sembuhnya.

Pesanan buat hati: Moga sentiasa tabah dalam perjuangan hidup kerna telah ku pilih jalanMu.

Tuesday, December 2, 2008

[Ana Uhibbukum Fillah ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful


Salam mahabbah pembuka bicara,
Buat kalian yang ku sayang,
Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Lidah terlanjur berkata,
Fikiran khilaf menafsir,
Hati silap menduga,
Mohon maaf atas segalanya,
Halalkan makan,minum,ilmu dan budi yang disemaikan,
Seuntai kasih buatmu kerana sabar dengan karenahku,
Seuntai kasih buatmu kerana selalu mendengar celotehku,
Seuntai kasih buatmu kerana tidak pernah jemu mengingatkan tanggungjawabku sebagai hamba Allah,
Seuntai kasih buatmu atas sokongan dan semarak semangat padaku,
Syukurku yang tidak terhingga atas kasih sayang yang dicurahkan,
Ya Allah ku mohon padaMu,
Titipkanlah kasih sayangMu kepada kami agar ikatan ukhwah ini terus terjalin,
Tetapkanlah hati kami agar terus berada di jalan yang diredhaiMu,
Tunjukkanlah yang salah itu salah dan berilah kami kekuatan untuk menjauhinya,
Dan tunjukkanlah yang benar itu benar dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya.


‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui’
[surah Al-Baqarah:216]

[ Fairytale vs Reality ]


'When I was just a little girl


My momma used to tuck me into bed and she read me a story


It always was about a Princess in distress


And how a guy would save her and end up with the glory


I'd lie in bed and think about the person that I wanted to be


Then one day I realized the fairy tale life wasn't for me


I don't wanna be like Cinderella sittin' in a dark old dusty cellar waiting for somebody to come and set me free


I don't wanna be like Snow White waiting for a handsome prince to come and save me on a horse of white unless we're riding side by side


Don't want to depend on no-one else I'd rather rescue myself


Someday I'm gonna find someone who wants my soul, heart and mind


Who's not afraid to show that he loves me.taking care of me


I will be there for him just as strong as he will be there for me


When I give myself then it has got to be an equal thing


I can slay my own dragon.I can dream, my own dreams


My knight in shining armour is me


So I'm gonna set me free!!!!'






What a meaningful and motivational lyrics and I like this song[“,]. ‘Cinderella’ sang by Tata Young but then for sure I am not a Cinderella k!!*wink*.So, don’t come close to me if later you just passed by, don’t pretend to be nice with me if later you just let me cry and don’t ever come to my life if later you just walk away without a reason why? I refused to be discouraged or downhearted because I have Allah and because of Him, I am alive.


Wednesday, November 19, 2008

[ Satu Permulaan ]

Soalnya Mengapa Seindah Mawar Berduri?

Kerana: Aku impikan seperti mawar berduri.Cantik dipandang tapi sukar untuk didekati.Duri yang tajam itu bukan melambangkan mawar itu kejam tapi sebagai perlindungan diri.Agar kecantikan,kehormatan dan wanginya terjaga.Biarpun di mata yang lain mawar itu hanya wardah biasa malah sering melukai dan sukar untuk difahami namun hanya insan terpilih yang ada penawar bisa syauqah itu dapat menyentuhnya,menghargai nilainya,menghayati keindahannya dan terus melindungi wardah itu kerana ia sangat bererti buatnya.


Soalnya Mengapa Seceria Kupu-Kupu Misteri?

Kerana:Aku impikan ceria kupu-kupu misteri.Terbang bebas merentas pelangi.Walaupun hayatnya cuma seketika tapi ke mana pun ia pergi pasti membawa kebaikan.Membantu proses pendebungaan,menebarkan sinar harapan dan menjadi bukti keistimewaan penciptaan.Bermula dari sesuatu yang unik berhijrah menjadi makhluk Allah yang sangat cantik.Pesonanya tersembunyi malah kadangkala memancing yang lain untuk meneliti namun hanya yang menghargai erti kebebasan dan kelembutannya dapat menghampiri.