بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
Pada suatu masa dahulu,tinggallah keluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang menanti telur-telurnya menetas. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur-telur itu menetas dan keluarlah anak-anak itik yang comel. Ada 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa manakala seekor anak itik itu agak ganjil. Anak-anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka memanggil anak itik yang ganjil itu ‘Itik yang Hodoh’. Mereka selalu mengejek dan tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.
Masa berlalu,anak itik yang hodoh itu telah membesar dengan sempurna. Pada suatu hari, itik yang hodoh itu terjumpa sebuah tasik. Ada sebuah keluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Itik yang hodoh teringin untuk bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinya yang hodoh dan berasa tidak layak untuk mendampingi mereka. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa-angsa itu menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan dirinya. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu lalu dia pun melihat ke dalam air. Betapa terkejutnya itik yang hodoh itu apabila melihat dirinya yang sama seperti mereka. Dia berasa sangat gembira dan menari-nari keriangan. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya dirinya bukanlah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.
Note for Wardah: Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama.
"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).
Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.
Tapi harus ingat:
“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”
2 Bisik-bisik Buzz:
sngt suke2!
yup. beri hati pada manusia,sennagnya dirobek..sakit..
beri hati pada Alah..dijaganya rapi..sungguh..sejuknya hati..
serasanya titisan air embun mengalir lembut turun ke hati..subhanAllah..sejukkan? ^_^
Salam muhasabah,
~sisfas:ya,kalau diberi hati pada manusia kita akan resah tetapi andainya diserahkan pada Allah kita akan menjadi tenang..
~kata seorang teman maya:
Berilah cintamu hanya pada Allah, nescaya Dia akan ketemukan cintamu pada pemilik yang terbaik..
Post a Comment