CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Monday, August 15, 2011

[ Bila Berbicara Tentang Cinta ]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



(i)
Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan;
walaupun mereka telah dikecewakan.

Cinta datang kepada mereka yang masih percaya;
walaupun mereka telah dikhianati.

Cinta datang kepada mereka yang masih mencintai;
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya.

Cinta datang kepada mereka yang masih mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangun kembali kepercayaan.


(ii)

“Hidup ini adalah perjalanan. Dan di tengah perjalanan itu, kita akan melalui satu kawasan berkabus yang mempunyai selekoh tajam. Kabus itu bernama Cinta. Yang tidak menyusun langkahannya dengan baik, akan melanggar penghadang selekoh, dan jatuh ke dalam gaung yang mencelakakan."-Hilal Ashraf

“Cinta ini kabus. Kabus tebal hingga kita tak nampak jalan. Melainkan kita jelas apa yang kita hendak capai. Kalau sampai kita rasa Allah tak adil, kita rasa kecewa yang melampau hingga hati kita terganggu, kita rasa tidak gembira, hingga ibadah pun terganggu, hingga hendak gembira dengan kegembiraan sahabat pun sukar, itu namanya kita sudah mula hendak melanggar selekoh penghadang itu."-Hilal Ashraf

(iii)

Cinta menurutku;

Ia menyembuhkan semua penyakit jiwa,

dan mendekatkan kita dengan pencipta.

Mencintai tak semestinya hanya bila dicintai.

Mencintai tak semestinya memiliki.

Duhai hati,
aku harap kamu mengerti.


Ya Allah,jika benar ini cinta.
jagalah cintaku agar terus menguatkan aku untuk mencari cinta-Mu.




Current mode:*mencari insan yang sudi bercinta sampai syurga dan bukan menempah tiket ke neraka.

Sunday, January 31, 2010

[ Makhluk Allah ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful





' macam tersenyum kan?'




'Okey,dah kenyang!'





A: Ish,dari mana datangnya? Mesti ada yang buang.


B: Biarkan di sini. Ia juga makhluk Allah kan.


A: Kenapa dengannya,ya? Pelik. Tak manja macam yang lain.


B: 'Phobia' mungkin?


A: Lucu ah. 'phobia' pada manusia?


B: Mungkin juga. 'Datang sini, aku takkan pukul kamu.'


A: Gila kamu. Bercakap dengan binatang. Apa ia faham bicara kamu?


B: Biarkan. Moga ia mengerti.


Current mode:*semakin hari semakin sayang*

Wednesday, September 2, 2009

[ Siri Mengetuk Diri ]




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful



Ini bukan keluhan,

Apatah lagi merungut dengan jalan yang Allah tentukan,

Ini adalah ‘Siri Mengetuk Diri ’,

Supaya aku bangun kembali,

Mungkin kadang terbuai dengan arus dunia,

Hingga aku lupa hakikat yang kita akan kembali ke daerah abadi,

Aku tidak mahu terus hanyut,

Aku tidak mahu menjadi hambaNya yang biasa-biasa,

Aku mahu menjadi yang lebih baik daripada itu,

Kerana terlalu banyak nikmat yang Allah berikan padaku,

Terlalu banyak pertolonganNya padaku,

Aku mahu menjadi orang beriman yang dia melihat dosa ibarat gunung yang hendak menghempap dirinya,

Aku tidak mahu menjadi orang tidak beriman yang dia melihat dosa ibarat lalat yang hinggap pada hidung, dia menguis dan lalat itu lari,

Ini cara aku mengingatkan diri,

Dan pasti kamu juga punya cara sendiri,

Jalan cerita hidup kita mungkin berbeza,

Tapi kita akan kembali pada pencipta yang sama.


Current mode:*aku impikan mentari bersinar sepanjang hari tapi Allah lebih tahu hakikat hujan diturunkan*

.:.Tulus ku mohon..Maaf,aku bukan insan sempurna.:.

Friday, July 17, 2009

[ Kata Cinta ]

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful
l

Kes 1: Pasangan berusia 20-an

Nasi lemak buah bidara,
Daun selasih hamba lurutkan,
Buang emak,buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka tapi tanpa restu dari keluarga pada mulanya kerana usia masih belasan. Membawa diri merantau di negeri orang. Si suami bekerja sebagai pekerja kilang dan isteri sebagai suri rumah.Hidup cukup-cukup sahaja. Anak-anak masih kecil dan semakin bertambah. Bagaimana mahu dibahagikan gaji bulanan yang tidak seberapa untuk sewa rumah,belanja dapur,minyak kenderaan dan barang-barang anak yang semakin membesar?


Kes 2: Pasangan berusia 30-an

Membeli nanas di Kuala Sepetang,
Diam menahan ikan tenggiri,
Ku harap panas hingga ke petang,
Rupanya hujan di tengah hari.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka malah direstui oleh keluarga. Merantau jauh dan akhirnya pulang ke kampung halaman. Hiduplah mereka sekeluarga dengan air telaga menjadi sumber air dan hanya lampu minyak tanah yang menerangi kegelapan di malam hari. Si suami akhirnya pergi mencari kerja setelah di desak pelbagai pihak yang mengetahui sikapnya yang bagai menunggu buah yang gugur. Perginya tanpa berita dan tiada yang tinggal untuk keluarganya menjalani hidup sehari-hari. Anak-anak tidak mahu ke sekolah kerana tiada wang belanja. Apa lagi daya si isteri setelah ditinggalkan suami begitu. Terpaksalah dia mengendong anak kecil di tengah batas padi di bawah terik mentari malah menoreh getah tua yang hampir ditebang yang sudah tentu menjanjikan hasil yang tidak seberapa. Adakah selamanya begini dan hanya mengharapkan simpati pada yang memandang?


Kes 3: Pasangan berusia 40-an.

Duduk bersantai di anjung rumah,
Terkenang rupa bunga rafflesia,
Sedangkan pantai boleh berubah,
Inikan pula hati manusia.


Disatukan atas nama cinta dan suka sama suka malah direstui oleh keluarga juga. Impian yang dicipta rupanya hanya angan yang tidak kesampaian. Nakhoda bahtera impian yang diharapkan dapat membawa isinya meredah lautan bergelora ini mabuk dalam pelayaran. Mabuk laut atau mabuk yang sengaja dicipta. Kadangkala mengundang gundah di hati kelasi kapal yang melihat. Mampukah selamat sampai ke destinasi? Mana hilang nakhoda harapan? Diam kelasi tidak semestinya setuju mungkin terlalu banyak luka di hati. Lalu siapa menjadi mangsa?Bagaimana mungkin juga kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?


Bicara kata tanpa suara: Aku bukan menyalahkan sesiapa atau mempersoalkan takdir dan bukan juga mengatakan cintalah punca segalanya. Sekadar berkongsi cerita dari hati.


Petikan dari Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha karya Taufiqurrahman al-Azizy:

Cinta itu fitrah dan lumrah alam, ia berasal dari Allah S.W.T dan sesungguhnya semua yang berasal daripada Allah adalah suci. Tetapi suci atau tidak cinta itu bergantung ia ditawan nafsu atau tidak. Cinta tidak memiliki mata tetapi bisa menyebabkan mata dan hati menjadi buta kerananya.


Adikku sayang,

Kamu bermain cinta ya?
Sudah kau putuskan tujuannya?
Suka-suka atau sampai ke syurga?



Ini ketukan buat diriku dan juga kamu,

Ingat ya, jangan fikir dengan hanya bermodalkan cinta pada manusia yang kamu katakan pengarang jantung itu boleh membuatkan kamu bahagia. Masih terlalu banyak yang perlu difikirkan. Yakinkah kamu si dia yang kamu panggil sayang itu dapat memimpin kamu ke syurga sana? Atas dasar apa keyakinanmu itu? Agamanya? Ilmunya? Atau sekadar manis bicara sahaja? Kuatkah kamu andai kata suatu hari nanti nasib kamu juga sama seperti mereka?

Adikku sayang,

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ya, memang indah di pantai sana tapi tegarkah kamu andai tsunami menjengah lagi?

Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Ya,memang banyak habuan yang lumayan di laut dalam tapi kuatkah kamu bila disapa habuan yang boleh sahaja mematahkan kail kayu kamu itu?


Pesanan seorang sahabat:

Ingatlah, bahawa setiap perancangan Allah pada kita itu adalah sebaik-baik perancangan, kerana perancangan Allah itu jauh lebih baik dari perancangan hamba-hamba-Nya.Berilah cintamu hanya pada Allah, nescaya Dia akan ketemukan cintamu pada pemilik yang terbaik.

Tuesday, July 7, 2009

[Anak Itik Yang Hodoh]


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
In the name of Allah the Most Gracious and Merciful




Pada suatu masa dahulu,tinggallah keluarga itik di sebuah ladang di tepi sebuah kolam. Si ibu itik sedang menanti telur-telurnya menetas. Setelah lama menanti dengan sabar tibalah hari yang dinantikan. Telur-telur itu menetas dan keluarlah anak-anak itik yang comel. Ada 7 ekor semuanya. Tetapi hanya 6 ekor yang kelihatan serupa manakala seekor anak itik itu agak ganjil. Anak-anak itik yang lain berwarna kuning, lehernya pendek dan matanya kecil dan kelihatan sangat comel. Sedangkan anak itik yang ganjil itu berwarna kelabu,lehernya lebih panjang dan matanya besar lalu mereka memanggil anak itik yang ganjil itu ‘Itik yang Hodoh’. Mereka selalu mengejek dan tidak mahu berkawan dengan anak itik yang hodoh itu. Oleh kerana terlalu sedih dengan kehidupannya di situ,anak itik yang hodoh membawa diri dan mengembara sendirian.


Masa berlalu,anak itik yang hodoh itu telah membesar dengan sempurna. Pada suatu hari, itik yang hodoh itu terjumpa sebuah tasik. Ada sebuah keluarga angsa putih sedang beristirehat dan bermain-main di situ. Itik yang hodoh teringin untuk bermain dengan mereka tapi dia sedar akan dirinya yang hodoh dan berasa tidak layak untuk mendampingi mereka. Kehadiran itik yang hodoh disebalik rumput-rumput panjang itu rupa-rupanya disedari oleh salah seekor angsa putih dan dia pun menghampirinya. Angsa itu mengajak dia bermain bersama mereka dan membawa itik yang hodoh kepada teman-temannya. Angsa-angsa itu menyambut kedatangan itik yang hodoh dengan gembira dan mereka memuji kecantikan dirinya. Itik yang hodoh berasa hairan dengan pujian itu lalu dia pun melihat ke dalam air. Betapa terkejutnya itik yang hodoh itu apabila melihat dirinya yang sama seperti mereka. Dia berasa sangat gembira dan menari-nari keriangan. Sungguh dia tidak menyangka rupa-rupanya dirinya bukanlah seekor itik yang hodoh tetapi sebenarnya seekor angsa putih yang cantik. Sejak hari itu, dia hidup dengan gembira bersama teman-teman angsa yang lain.




Note for Wardah: Usahlah terlalu memikirkan pandangan manusia kerana pandangan Allah itu lebih utama.



"Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta-harta kamu tapi melihat hati dan perbuatanmu." (H.R. Muslim).





Alangkah indah jika seseorang itu dicintai bukannya kerana dia cantik tetapi dia kelihatan cantik kerana dicintai.



Tapi harus ingat:



“Jika kamu berikan hati ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya tetapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya. Ertinya cinta manusia kadangkala menyakitkan tetapi dengan cinta kepada Allah pasti berbalas dan DIA pasti tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat nanti.”